Monthly Archives: December 2017

seminar keluarga

Assalamualaikum..hari ni saya nak share sikit beberapa points penting yang saya belajar daripada 4 tokoh yang amat saya kagumi (Ustaz Ebit Lew, Ustazah Fatima Syarha, Ustaz Pahrol dan Ustaz Hariyanto) di Seminar Keluarga Sunnah di Matrade KL, Sabtu lepas.
.
Baca, jgn scroll je.. rugi besar kalau tak baca sampai habis.. sgt bermanafaat… tapi kalau malas baca tu x dapek den nk tolong..
Baca dan perlahan-lahan ubah ke arah yang lebih baik.
Kita usaha sama-sama, ok?
.
.
🔴 Jaga solat awal waktu, PASTI keluarga akan bahagia. Beza orang yang sekadar solat dengan orang yang solat di awal waktu, ibarat langit dan bumi. Jauh bezanya. Dan Allah akan hujani rezeki pada rumah orang-orang yang jaga solat di awal waktu.
.
🔴 Wujudkan ta’lim dalam rumah sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari. Ta’lim adalah sesi berkumpul sekeluarga dan bercerita tentang Allah, kisah nabi, tafsir quran, atau hadis2. Jadikan rumah kita sebahagian dari taman syurga.
.
🔴 Wujudkan 3 waktu ini dalam keluarga, sekurang-kurangnya sekali sehari: Solat berjemaah, Makan berjemaah, dan Bercerita/berbual.Dan dalam ketiga-tiga waktu ini, haramkan handphone dan TV.
.
🔴 Menguap atau melihat handphone ketika pasangan atau anak-anak sedang bercerita, adalah akhlak yang sangat buruk.
.
🔴 Sebut nama pasangan dan anak-anak dalam doa selepas solat, setiap hari.
.
🔴 Banyakkan menyebut “ya arhamar rahimin” (Yang Maha Pengasih dan Penyayang). Supaya setiap anggota keluarga kita juga sentiasa ada dua sifat itu– penyayang dan pengasih.
.
🔴 Hindari sikap MALAS. Buang perkataan MALAS dalam kamus hidup. Allah benci orang yang malas, Allah menyempitkan rezeki orang yang malas. Kurangkan tidur, kurangkan makan, kurangkan social media, kurangkan berhibur. Kerana itu punca malas.
.
🔴 Tanda Allah sayang keluarga kita ialah bila setiap ahli keluarga mampu berlembut dan bertoleransi sesama sendiri. Kalau kita masih berkasar, kerap bertelingkah, kuat merajuk, pentingkan diri sendiri, maksudnya keluarga kita masih jauh dari Allah.
.
🔴 Orang yang paling kaya dan bahagia adalah orang yang kenal Allah, percaya Allah, RASA Allah sentiasa melihat, dan yakin setiap musibah dan nikmat itu adalah kerana kasih sayang Allah.
.
🔴 Apa ciri-ciri rumah yang Allah suka? Rumah yang sentiasa bersedia menyambut Rasulullah saw sebagai tetamu. Bayangkan Rasulullah nak datang rumah kita petang ni. Adakah kita akan malu atau mengelak? Adakah kita akan sorokkan mana2 majalah, DVD, frame gambar? Adakah kita akan hulurkan Quran yang berhabuk (dah lama tak baca) kepada Rasulullah? Atau adakah kita dalam keadaan yang sentiasa bersedia untuk menyambut Rasulullah, dan yakin baginda akan suka berkunjung ke rumah kita? Tepuk dada.
.
🔴 Nafkah wajib seorang suami kepada isterinya ada 3: Tempat tinggal, Makanan, Pakaian. Suami isteri yang tinggal di rumah mak atau mak mertua atas sebarang sebab, bermaksud suami belum menyempurnakan nafkah tempat tinggal. Tapi kalau tiada pilihan, suami tetap perlu beri bayaran sewa (atau sumbangan setimpal) kepada tuan rumah, bagi menyempurnakan nafkah tersebut. Ini kewajipan. Dan kalau tak ditunaikan, suami akan menanggung dosanya, dan boleh jadi asbab rezeki keluarga sempit dan rumahtangga tak bahagia.
.
🔴 Rasulullah saw tak pernah merungut apabila makanan yang disediakan isterinya tak sedap, kekurangan pada sikap/layanan isterinya, kenakalan anak-anak, sikap ego orang tua, rajuk/cemburu isterinya, atau sebarang kesusahan dalam rumahtangga. Rasulullah tak pernah merungut. Kerana merungut adalah salah satu tanda hati telah hitam.
.
🔴 Macam mana nak bersihkan hati yang hitam? Rajin basuh toilet, bersihkan rumah. Kerja-kerja “kotor” sebegini akan membersihkan hati dan menundukkan jiwa. Sambil bersihkan tandas, repeat dalam hati–
“Rajiah, kau bukan siapa-siapa, kau takde apa-apa, kau tak pernah buat apa-apa. Semua kebaikan yang ada pada kau, adalah kuasa dan pertolongan Allah semata-mata.” 😭
.
🔴 Setiap kali kita nampak keburukan atau kekurangan pada pasangan dan anak-anak–
SABAR.
Betulkan diri sendiri dulu. Kadang2 kekurangan itu bukan pada pasangan atau anak-anak, tapi pada diri sendiri yang gagal bersyukur, gagal mendidik dan gagal menjadi contoh yang baik. Orang yang betul2 yakin dengan Allah, tak pernah pandang rendah pada orang lain, termasuk dirinya sendiri.
.
🔴 Setiap kali buat kebaikan, jangan harapkan pujian daripada pasangan, tapi harapkan Allah pandang dan Allah sayang. Sebab bila Allah sayang, automatik seluruh makhlukNya sayang pada kita.
.
🔴 Kekalkan mawaddah (romantik) dalam rumahtangga. Jalan pegang tangan, baring atas riba pasangan, peluk pasangan, pandang wajah pasangan dengan rasa cinta. Biarpun di hadapan anak-anak.
.
🔴 Ringankan mulut untuk ucapkan kata cinta, kata penghargaan, pujian dan dorongan kepada pasangan dan anak-anak setiap hari. Itu akan melembutkan hati dan mengeratkan hubungan.
.
🔴 Rasulullah saw tak pernah pukul/rotan/kurung/ikat/meninggikan suara kepada pasangan dan anak-anak. Baginda bijak menggunakan kemahiran komunikasi dan tutur kata yang berhemah untuk selesaikan sebarang konflik dan stress. Kekerasan dan kekasaran fizikal hanya akan mengeraskan hati dan menjarakkan hubungan.
.
🔴 Cara hidup kita menentukan cara mati kita. Dan cara mati kita menentukan cara kita dibangkitkan semula nanti. So kalau nak kesudahan yang baik, betulkan cara hidup bermula sekarang!
.
🔴 Sentiasa buat kebaikan, walaupun kepada pasangan yang tak pandai menghargai, pasangan yang ego, pasangan yang jahil, pasangan yang tak membalas kebaikan tersebut. Kerana setiap kebaikan yang kita buat, pasti akan dibalas oleh Allah. Buat baik, sebab nak Allah sayang, bukan sebab nak pasangan sayang. Ingat, tiada satu pun kebaikan yang sia-sia!
.
🔴 Rumahtangga yang sejahtera adalah salah satu syurga dunia. Sesiapa yang tak berusaha untuk capai syurga dunia, tak akan mampu beroleh syurga di akhirat nanti. Maka penting untuk kita berusaha capai keluarga sejahtera, sebelum mati.
.
🔴 Suami yang rajin tolong basuh pinggan, bukan suami dayus. Suami yang rajin tolong sidai baju, bukan suami dayus. Suami yang tolong mandikan anak-anak, bukan suami dayus. Suami yang patuh cakap isterinya, bukan suami dayus. Tapi suami dayus, adalah suami yang tak mampu membimbing isterinya ke jalan Allah, tak mampu menjaga aurat isterinya, tak mampu membentengi isterinya dari azab api neraka.
.
🔴 Rumahtangga yang sentiasa ada solat dan zikir di dalamnya, pasti akan tenang dan bahagia.
.
🔴 Jarak sesuatu masalah dengan penyelesaiannya, ibarat jarak dahi dengan tempat sujud. Apa pun konflik dalam rumahtangga, kembali pada Allah.
.
🔴 Kualiti sesebuah keluarga terletak pada kualiti solat anggotanya.
.
🔴 Sentiasa bersedekah sesama anggota keluarga. Kerana sedekah itu lebih tajam daripada doa.
.
🔴 Keluarga adalah asas hidup. Kalau keluarga sejahtera, seluruh perjalanan hidup akan mudah.
.
🔴 Seorang suami perlu ada sifat “ghirrah”. (Bukan ghairah. Itu memang dah confirm ada. 😂) Ghirrah bermaksud cemburu. Cemburu yang bertujuan untuk memelihara kehormatan isteri dan menghindar isteri daripada maksiat dan dosa. Contoh, kalau isteri nak keluar dengan kawan2, suami boleh izinkan. Dengan syarat, auratnya terpelihara, pergaulannya terjaga.
.
🔴 Doa bila rumahtangga dilanda badai atau musibah:
Surah At-Taubah, ayat 128-129.
Ini doa favourite Rasulullah saw.
.
🔴 Doa supaya satu keluarga sentiasa jaga solat:
Surah Ibrahim, ayat 40.
.
🔴 Doa supaya Allah sentiasa pelihara ibu bapa kita, dan jadikan anak-anak kita taat:
Surah Al-Ahqaf, ayat 15.
.
🔴 Doa memohon zuriat, dan agar Allah sentiasa beri kesabaran ketika belum ada zuriat:
Surah Maryam, ayat 1-10.
.
.
Semoga apa yang saya kongsikan ini bermanfaat, dan menjemput rahmat Allah ke dalam keluarga kalian.
.
Ini cuma perkongsian.
Bukan nasihat, atau jauh sekali nak tunjuk bagus.
.
Sama-sama kita berlapang dada,
cuba ikut sunnah Rasulullah,
dan perlahan-lahan kayuh kembali kepada Allah.
.
Sementara masih dipinjamkan nyawa ni.
Kan? 😊

.(C&P….for sharing)

Belajar Arab

Jom belajar ungkapan yang biasa digunakan dalam Bahasa Arab

🌸terima kasih – syukran (شكرًا )
🌸sama sama – afwan ( عفواً )
🌸saya minta maaf – aasif ( آسف )
🌸baiklah – hasanan ( حسناً )
🌸mungkin – rubbama (ربّما )
🌸awas! – intabih ( انتبِه )
🌸berhati hatilah – ihzar ( احذر )
🌸jangan lupa – la tansa ( لا تنسىٰ )
🌸samiinun – gemuk ( سمين )
🌸Tawiilun – panjang ( طويل )
🌸Qasirun – pendek ( قصير )
🌸khofiidhun – rendah ( خفيض )
🌸nahiifun – kurus ( نحيف )
🌸yaum – hari ( يوم )
🌸usbu’ – minggu ( أسبوع )
🌸syahr – bulan ( شهر )
🌸sanah – tahun ( سنة )
semoga berjaya ..

Ucapan dalam bahasa arab .
🌻Selamat malam – laila sa’edah ( ليلة سعيدة )
🌻sobahul khair – selamat pagi ( صباح الخير )
🌻ucapan balas sobahul khair – sobahannur ( صباح النور )
🌻semoga berjaya – bittaufiq wannajah ( بالتوفيق والنجاح )
🌻salam ukhuwah – salam perkenalan ( سلام اخوة )
🌻jazakallahu khairan – semoga Allah membalas jasamu ( جزاك الله خيرا )
🌻tobat masauk – selamat tengahari ( طابت مساؤك )
🌻azhoma allahu ajrak – semoga Allah memuliakan amalan kamu ( عظّم الله أجرك )
🌻uhibbuki – saya sayang awak (perempuan) ( أحبكِ )
🌻uhibbuka- saya sayang awak (lelaki) ( أحبكَ )
semoga berjaya ..

Ganti nama/personal pronouns
🙋..aku/saya – ana ( أنا )
👦..kamu (lelaki) – anta ( أنتَ )
👧..kamu (perempuan) – anti ( أنتِ )
👨..dia (lelaki -seorang ) – huwa ( هُوَ )
👩..dia (perempuan-seorang) – hiya ( هِيَ )
👬👭..dia (lelaki/perempuan -2orang) -huma ( هماَ )
👬👬..dia (lelaki -3 dan ke atas) – hum ( هُمْ )
👭👭..dia (perempuan-3 dan ke atas) – hunna ( هنَّ )
👪..kami – nahnu ( نحنُ )
👯👯..kalian (ramai) – antum ( أنتم )
👫👫..mereka – hum ( هُمْ )
😱 ..cantik = jameelah ( جميلة )
😮..buruk = qabih ( قبيح )
🙂..Bersih = nadziifun ( نظيف )
😪..Malas = kaslaan ( كسلان )
📚..Ata’allamu = saya belajar ( أتعلم )
🍔..a’kulu = saya makan ( أكل )
🍹..Asyrobu = saya minum ( أشرب )
📖..Aqrou = saya membaca ( أقرا )
📝..aktubu = saya menulis ( أكتب )
📢🚶..Atakallamu = saya berbicara ( أتكلم )
✊..Amsiku = saya memegang ( أمسك )
💼..A’malu = saya mengerjakan ( أعمل )
👔..Albasu = saya memakai ( ألبس )
🚦..Toriiqon = jalan ( طريق )
🏡..Baytun = rumah ( بيت )
✏..Mirsamun = pensil ( مِرسم )
✒..Qolamun = pen ( قلم )
🚫..Mimsahatun = pemadam ( ممسحة )
:idea:..Mishbaahun = lampu ( مصباح )
📋..Sabbuurotun = papan tulis ( سبورة )
😀..Kaifahaluka- apa khabar (lelaki) ( كيف حالكَ )
😄..Kaifahaluki- apa khabar (girl) ( كيف حالكِ )
🏠..Askunu fi- saya tinggal di ( أسكن في )
🙈..Umri- umur saya ( عمري )
:mrgreen:..Masmuki? Siapa namamu (untuk perempuan) ( ما اسمكِ )
😉..Masmuka? Siapa namamu (untuk laki2) ( ما اسمكَ )
👧..Ana tilmiidzatun = saya seorang murid (untuk perempuan) ( انا تلميذة )
👦..Ana tilmiidzun = saya seorang murid (untuk laki2) ( انا تلميذ )
😴..Ahlam Saiidah = semoga mimpi indah ( احلام سعيدة )
😰..Syafakallah-smoga Allah menyembuhkan kamu ( شفاك الله )
smoga bermanfaat

🎵♪BELAJAR BAHASA ARAB♪🎵

👭*Ukhwahfillah = Pshabatan Krna Allah ( اخوة في الله )
👧*Ukhtin = Kakak @ Saudara Perempuan ( اخت )
👦*Akhun = Abang @ Saudara Lelaki ( أخ )
👳*Zauj = Suami @ Pasangan (L) ( زوج )
👰*Zaujah = Isteri @ Pasangan (P) ( زوجة )
🙏*Aasif Jiddan = Saya minta maaf sangat2 ( آسف جداً )
👯*Ukhwahfillah Abadan Abada = Psaudaraan krna Allah Selama2nya ( اخوة في الله أبداً ابدا )
💪*Fa’idza ‘Adzamta fatawakkal ‘alallah = Stelah kmu brazam maka bertawakallah pd Allah ( فإذا عزمت فتوكل على الله )
😭*Inni Akhafullah = Ssguhnya aku takutkan Allah (إني أخاف الله)
😍*Maafi Qalbi Ghairullah = Tiada di hatiku selain Allah ( مافي قلبي غير الله )
😅*Lau Samahta = Maafkan saya ( لَو سمحتَ )
😘*Naltaqi Ghadan = Kta jmpa esok ( نلتقي غداً )
👋*Illalliqa’ = moga bertemu lagi ( الى اللقاء )
✌*Syafakallah = moga Allah myembuhkan awak (L)(شفاكَ الله)
👌*Syafakillah = moga Allah myembuhkan awak (P) (شفاكِ الله)
💁*Tafaddhol = Silakan (تفضّل )
🙅*La Aadri = Saya Tak Tahu ( لا أدري )
🙆*Maa fii Musykilah = tiada masalah ( مافي مشكلة )
👏*Jazakallahu khairan khatsiira = Smga Allah mblasmu dgn kbaikan (L) ( جزاكَ الله خيراً كثيراً )
👍*Jazakillahu khairan khatsiira = Smga Allah mblasmu dgn kebaikan (P) ( جزاكِ الله خيراً كثيراً )
✌*Jazakumullahu khairan khatsiira = Smga Allah mblasmu dgn kebaikan (L&P) جزاكمُ الله خيراً كثيراً )
👱*Wa iyyaka (L) = Dan utkmu jua. Blasan utk ucapan 👆( وإياك)
👩*Wa iyyaki (P) = dan utkmu jua. Blasan utk ucapan👆( وإياكِ )
☺*Allahukhairul jaza’ = Allah adalah Sebaik-baik Pemberi ( الله خير الجزاء )
😎*Fahimtum? = Adakah kalian faham.? ( فهمتم )
😁*Fahimna = Kami telah faham ( فهمنا )
☺*Ijhad wala taksal = Bsguh2 dn jgnlah kmu malas ( اجهدْ ولا تكسلْ )
😥*La Tahzan Innallaha Ma’ana = Jgnlah bsdih, Ssguhnya Allah bsma kita ( لا تحزنْ انا الله معنا )
☺*Kafaa Bilmauti waa’izhan = Cukuplah kmatian itu mjadi pringatan ( كفى بالموت واعظاً )
:D*Bi idznillah = Dgn izin Allah ( بإذن الله )
:mrgreen:*InshaAllah kull khayr ! Aamiin = inshaaAllah smuanya baik,Aamiin ( إن شاء الله كل خير. آمين )
😄*Barakallahu Fiik = Smga Allah mrahmati kamu/mbrkati kamu ( بارك الله فيك )
😘*Masa ul khair = slmt ptg ( مساء الخير )
:)*Na’am = Ya ( نعم )
😬*Yallah2 bisura’h = mari2 cpat (lekas2) ( يالله بسرعة )
😓*Ismahli ya ustaz/ustazah = Tumpang tanya wahai Ustaz/Ustazah ( اسمحلي يا أستاذ/أستاذة )
🚽*Uridu an azhaba ilal dauratul miah = Blhkah sy ingin ke bilik air ( أريد أن أذهب الى دورة المياة
🎂*Sanah Helwah = Slmt hr jd ( سنة حلوة )
🙋*Ana Aidon = Saya Juga ( أنا أيضاً)

Lalai

*_LALAI_*

Mula-mula Ustaz kongsi *_tanda-tanda lalai_*.

Antaranya:
1. *Kurang* membaca *Al Quran*
2. *Kurang berzikir*
3. *Lalai dalam solat*, kurang ingat pada Allah; tidak fokus, sering terlupa bilangan rakaat, melewatkan solat, kurang solat jemaah
4. *Banyak membuang masa*; untuk hiburan, sukan dan dimeja makan serta nonton tv
5. Kurang atau *malas berdoa*. Kalau berdoa, tidak ada penghayatan, pakat hafal saja.
6.Sentiasa *sibuk dengan urusan dunia*; mudah stress
7. Cara hidupnya *menyerupai musuh Islam*
8. Tak berhati-hati dengan *perkara yang syubhah dan haram*
9.Tangguh untuk bertaubat
10.Malu untuk belajar agama
11.Bangun fikir nak makan apa dan apa aku nak buat hari ini

Ada juga Ustaz sebut; jarak antara *hati kita dengan ketenangan*, ibarat *’jarak’ kita dengan Al Quran.*

Pesannya, beli Al Quran guna duit sendiri. Pilih ikut citarasa kita. Cakap dengan Al Quran tu, kita nak bersahabat dengan dia.(nak baca)

Kemudian, Ustaz cerita tentang _akibat lalai_:
1. *Kurang* semangat nak *beribadah*, tidak suka *baca quran*
2. ‘Bunuh’ kebaikan yang kita buat; kita *tak nampak berbuat baik itu suatu yang utama*
3. *Hilang fokus* dalam hidup
4. *Mudah lesu* dan buntu,sentiasa rasa esok masih ada dan suka tangguh beribadan dan kerja soleh

_Sebab-sebab lalai_:
1. *Mengulang-ulang dosa kecil* sampai jadi kelaziman
2. *Berkawan* dengan *orang-orang yang lalai*
3. Berada dalam *persekitaran ‘rosak’* (Contoh: pergaulan bebas dengan bukan muhrim, dedah aurat dan buat maksiat), berada di situ bukan untuk tujuan berdakwah
4. *Tidak berzikir*
5. *Terjerat* dalam *perancangan-perancangan licik musuh Islam* (Contoh: berlebihan dalam mendengar lagu, tonton filem dan rancangan sukan )

_Cara-cara untuk atasi_:
1. Cari *sahabat yang baik dan soleh*
2.Hadiri *majlis ilmu*
3. *Bagun malam* untuk solat tahajjut
4. *banyakkkan zikir dan taubat*
5. rajin *baca quran*
6. *Bersangka baik* pada org lain.
7.Pemaaf
8.ingat mati
9.kurangkan makan
10 amalkan sunnah Nabi saw
11.bersabar bersyukur dan bertawakkal

Share lah jika ia memberi manfaat…

Admin
Pokli

Cara untuk tidak sakit

Dr. Raymond Francis menulis 3 buku :
1. Tidak pernah sakit lagi.
2. Tidak pernah lagi takut kanser.
3. Tidak pernah gendut lagi.

Doktor tersebut menulis buku itu setelah meneliti dan sakit, yang para doktor lain pun menyerah dengan penyakitnya.

Di usia 75 tahun, sang Doktor hanya terkena penyakit flu dan itupun hanya sekali. Yang beliau bicarakan dlm buku tersebut adalah :

🌿 *Jauhi gula selamanya* ditambah berolah raga dan mengatur pola makan secukupnya.

🌿 Gula penyebab influenza.

🌿 Makan sesudu gula menurunkan imuniti tubuh 50%.

🌿 Minum segelas Cola menurunkan imuniti tubuh 6-8 jam kerana cola mengandungi banyak gula.

🌿 Gula penyebab alzeimer.

🌿 Gula merupakan makanan bagi sel kanser, dan sebagai pencegahan serta penyembuhannya adalah dengan menghindari gula.

🌿 Gula penyebab segala penyakit jantung.

🌿 Gula penyebab bertambahnya berat badan.

🌿 Gula penyebab penimbunan lemak.

🌿 Segala penyebab penyakit manusia ada hubungan dengan gula.

🌿 Doktor Raymond berkata : para ayah melarang anak² mereka merokok dan minum alkohol tetapi memberikan manisan-manisan yang lebih berbahaya daripada rokok dan alkohol.

🌿 Kesimpulannya – tinggalkanlah gula!

Doktor Raymond memenangkan karya ilmiah di Universiti Frankfurt tentang kesihatan pemakanan iaitu :

☘Yoghurt merupakan sumber kalsium tertinggi kerana kandungan segelas yoghurt 450mg kalsium, maka jadikanlah menu harianmu yoghurt.
Dan yang terbaik adalah yoghurt yg rendah lemak.

☘ Daun mint adalah ubat utk menguatkan jantung dan peredaran darah. Jika meminum daun mint seperti teh biasa, dapat melancarkan perut dan usus, mengurangi penyakit serta menyegarkan bau mulut.

☘ Untuk menyembuhkan gastric anacidity, minum segelas rebusan daun mint panas tanpa tambahan gula.

☘ Daun mint boleh menghilangkan gas, menguatkan ginjal, pankreas dan meredakan batuk, menenangkan saraf dan perasaan marah, menghilangkan insomnia, meningkatkan diuretik dan penghancur makanan yg terbaik.

☘ Minuman bergas menambah besar ukuran pinggang wanita walaupun tidak menambah berat badannya.

☘ Minuman bergas menyebabkan : osteoporosis, masalah-masalah jantung dan ginjal, obesitas & penyakit gula dan gigi karies.

☘ Bahaya kesihatan dengan minuman peningkat energi bagi anak-anak : mempercepat denyut nadi, kejang-kejang, stroke, kematian mendadak.

☘ Teh hijau atau kopi hitam pahit : bagus kerana ada antioksidan yang menjaga dari kanser.

☘ Ikan salmon, epal, anggur, ceri, bluberry, bayam merupakan jenis makanan yang menjaga sel otak dan menguatkan ingatan.

☘ Kesilapan besar yg menyebutkan bahwa minum air ketika sedang makan dan setelah makan menyebabkan buncit dan menyulitkan proses pencernaan.

☘ Yang betul: Air tidak menyebabkan buncit malah membantu mencerna lebih baik dari yang lain.

☘ Berjalan selama 30 minit sehari dalam jangka 5 hari seminggu menjagamu dari : penyakit-penyakit jantung, penyakit gula, depressi, penyakit-penyakit tekanan darah, kolesterol.

☘ Bawang putih: membantu mengurangi peluang dijangkiti kanser kerana bawang putih mampu meningkatkan imun.

☘ Pengambilan halia suam pada waktu petang membantu membakar lemak dan mengeluarkan racun dari tubuh.

☘ Usahakan minum segelas air setelah bangun tidur untuk mengembalikan cairan yang hilang waktu tidur serta untuk membersihkan racun di tubuh.

☘ Doktor Raymon berkata Saya telah mengambil manfaat dari ini dan gembira sekiranya ia bermanfaat bagi semuanya.

In syaa Allah info ini bermanfaat bagi kesihatan tubuh kita. Aamiin.

(Utk manfaat lbh banyak dan detail, sila baca bukunya atau lihat tayangan youtube dgn judul: Never be a sick again
https://m.youtube.com/watch?v=ISgt71CRG2I ) Wallahu’alam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...