Monthly Archives: September 2017

Jangan Leka

🎾 SATU KEMATIAN DLM KEADAAN LEKA – DLM KEADAAN TIDAK BERSEDIA.

Rancanglah kematian kamu dgn penuh bekalan utk perjalanan yg jauh.

Tolong baca sampai habis… Credit utk penulis 👇… Tak tau siapa yg tulis…..tp sgt tersentuh…

sekadar perkongsian & peringatan utk diri sendiri jugak…

Assalamualaikum….

Sibuk kejar kehidupan dunia?
wang berguni pun x cukup!
Kerja sepenuh masa.
Rindu orang itu, orang ini.
Cemburu orang itu dengan orang ini. dengki hati jadi mainan

Lewat bangun solat subuh, tapi lebih risau lewat nak pergi keje. Tak risau sangat solat lambat. Balik rumah dah lewat, solat asar ke mana, solat maghrib ke mana.

Perut lapar, cari makanan. Duit takde, pergi bank. Rasa tak tenang, ada benda tak kena, pakai earphone, dengar lagu ntah apa-apa. Duduk di kawasan lapang, tenangkan fikiran. Al Quran tak bersentuh, masjid tak jejak.

Benda sama lagi dibuat. Sambil online, tiba-tiba terbaca satu tweet,
“Buat apa pun, jangan lupa, Allah nampak semuanya. Malaikat mencatat.”
Tanpa rasa tersentuh, hati mula kata, “Benda dah selalu diingatkan.

Aku tahulah Allah tu Maha Melihat. Malaikat tu sentiasa mencatat.”
Teruskan dengar pula lagu Mr Saxobeat, online lagi. Main game.
Tanpa rasa diperhatikan, sebenarnya malaikat maut daripada pagi duk pandang kita.

Terbangun solat subuh lewat, Allah tahu. Malaikat kiri kanan tahu. Malaikat maut pun tahu.
Sambung dengar lagu Starships pula. Sibuk-sibuk dengar, mulut pun ikut sekali menyanyi.

Baca Al Quran? Ala nanti-nanti boleh.
Malaikat maut menjengah lagi.
Tiba-tiba terdengar azan. Tengah syok online ni. Tengok jam. Awal lagi. Teruskan online dulu, lagi sepuluh minit solatlah. !! sepuluh minit, tengok jam, cipta alasan lain pula. Sampai dah tinggal lima minit waktu nak habis, baru pulun lari pergi wudhuk, nak solat. Itu Alhamdulillah solat. Yang terus tak solat sebab alasannya dah terlewat? Guane tu?

Malaikat maut ziarah lagi.
Nasib tak nampak je malaikat maut tu. Kalau nampak, confirm masing-masing tak ada masa nak buat benda lagha. Setiap masa pun nak buat baik je.

Baru nak tutup mata, nak tidur. Tiba-tiba ada orang ketuk pintu. Ah sudah. Siapa pulak nak kacau aku ni.
“Nak apa?”
Kasar intonasi. Bengang kononnya ada orang kacau waktu mengantuk macam ni.
“Nak nyawa kamu. Masa kamu di dunia sudah tamat. Wahai anak adam, ini adalah waktu pertemuan kembali antara seorang hamba dengan Pencipta segala ciptaan”
Tergamam.

Ah Macam mana ni. Aku belum sempat baca Quran. Aku dah lama tak solat taubat. Solat aku yang lepas-lepas ni yang aku sengaja tinggal nak buat macam mana.
Mati mana boleh tangguh lagi. Aduh. *tepuk dahi*

Esok dah janji dengan kawan nak main futsal. Dah janji nak mesej awek. Esok kena hantar paper work, deadline. Macam mana ni.
Lalu malaikat maut pun masuk ke dalam bilik.
Dengan muka cuak, cuba merayu mohon ditangguhkan waktu mati. Kita lupa, malaikat maut itu sentiasa memerhati. Tunggu masa nak ambil nyawa.

Selama ni leka dengan dunia. Bila tiba hari kematian, baru yakin yang mati tu bila-bila. Tapi…. semuanya dah terlambat.
Jadi, mulai dari sekarang.

Rancanglah kematian sebaik-baiknya. Nak mati dalam keadaan sudah bertaubat, atau nak mati dalam keadaan sibuk buat maksiat?
Jga aurat wahai shabat2ku… Tepuk dada, tanya iman.

share kt grup, mgkin ada manfaatnya

🎾 Bleh share kat grup anak2 murid, ank2 muda, org2 tua, anak2 sedara, kawan2 …
Sbg peringatan utk kita yg sering terleka dgn hal dunia..

Faedah kita dalam group sosial media

Cantik ayat ni.

*FAEDAH KITA BERADA DALAM GRUP WATSAP INI ???*

ALLAH mempertemukan kita untuk beribu alasan..

Entah untuk memberi atau untuk menerima…

Entah untuk belajar atau untuk menyampaikan..

Entah untuk bercerita atau untuk mendengarkan…

Entah untuk sesaat atau untuk selamanya…

Entah akan menjadi bahagian terpenting atau hanya untuk sekadarnya..

Semua tidak akan ada yang sia-sia, kerana Allah yang mempertemukan..

Hidup kita saling mengisi..
Jadi jika ada perbezaan, itu adalah hal yang sangat biasa..
Tidak perlu diperbesar dan jangan jadikan ia punca perpecahan sehingga memutuskan tali silaturrahim yang sudah terjalin..

Mungkin kehadiran kita adalah jawaban atas doa-doa saudara kita.. sebagaimana mereka pun adalah jawaban atas doa-doa kita..

Jika sudah menjadi takdir Allah, meski dengan jarak beribu-ribu kilometer jauhnya, kita tetap akan dipertemukan, dalam satu ikatan “Ukhuwah”..

Semoga Group ini semakin kuat & mantap seiring dengan doa-doa kita bersama..

*Rasulullah SAW bersabda :*

_”Sesungguhnya di antara hamba-hamba Allah terdapat orang-orang yang bukan Nabi, dan bukan pula Syuhada._
_Tetapi para Nabi dan syuhada cemburu pada mereka di hari kiamat nanti, disebabkan kedudukan yang diberikan Allah kepada mereka”_

*Seorang Sahabat bertanya :*

_”Ya Rasulullah, beritahukanlah kepada kami, siapa mereka yang dimaksudkan itu?_
_Agar kami dapat turut mencintai mereka” .. ujar para sahabat._

*Lalu Rasulullah SAW menjawab :*

_“Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai, mengasihi dan menyayangi kerana Allah SWT_ *Tanpa adanya hubungan darah, keluarga dan Nasab di antara mereka*…

*Demi Allah, wajah-wajah mereka pada hari itu BERSINAR bagaikan CAHAYA di atas mimbar-mimbar dari cahaya.*

*Mereka tidak takut di saat manusia takut, dan mereka tidak sedih di saat manusia sedih*
(HR. Abu Dawud)

Sedikit pencerahan tentang persatuan, persahabatan dan persaudaraan….

Semoga tali Silaturrahim, persahabatan dan persaudaraan kita dalam Grup ini, termasuk ke dalam golongan yg diRedhai serta diberkahi oleh Allah SWT..
Aamiin Ya Rabbal Alamiin.

*Apapun status sosialmu, betapa tinggi pun kedudukanmu dalam karier dan kehidupanmu.. Namun, kau tetaplah manusia biasa yang tak luput dari khilaf, salah dan dosa di hadapan Tuhanmu dan juga manusia-manusia lain.. yang kelak akan dimandikan, dikafankan, disolatkan dan dikuburkan oleh orang lain*…
*”Jagalah selalu tali silaturrahim dan hubungan baik pada sesamamu” 🤗

Taqabbalallah…

Akal Vs Nafsu

Apabila AKAL menjadi penasihat maka hati pun BAIK,

Apabila NAFSU menjadi penasihat, maka raja dalam diri manusia itu juga menjadi JAHAT

Adab Cuci Beras

ADAB MENCUCI BERAS

1. Menggunakan tangan kanan untuk membasuh beras

2. Aduk dengan arah berlawanan dengan arah jarum jam ( seperti arah tawaf )

3. Membaca :
ليس لها من دون الله كاشفة
Laysa lahaa min duunillahi kaasyifah
” Tidak ada penyembuh selain dari Allah”

4. Boleh juga baca ” Yaa Latiif ” 3x

5. Ulang basuhan selama 3x atau sampai bersih

6. Sholawat

7. Niatkan dalam hati supaya dilembutkan hati diri sendiri, pasangan dan anak-anak.

Wahai muslimat, adik, kakak, dan ibu-ibu…masaklah makanan anda dengan berdzikir, Insya Allah akan membawa berkah bagi yang memakan.

​۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞​

Amalan mandi

*“`PENGSAN
DALAM BILIK MANDI“`*

Amalkan mandian songsang.

*“`kita selalu dengar orang jatuh dibilik mandi dan kena stroke dan sebagainya. Kenapa kita jarang dengar jatuh ditempat tempat lain? Semasa saya hadir kursus gaya hidup sehat , seorang penceramah professor uitm yang juga terlibat dengan majlis sukan negara menasihatkan supaya semasa mandi jangan basahkan kepala dulu, basahkan bahagian badan. Ini kerana apabila kepala basah dan sejuk, darah semua akan mengalir ke kepala untuk memanaskan kepala , logik ‘warm blooded human’ dan jika ada saluran darah sempit, mungkin boleh menyebabkan saluran darah pecah. Ini kerapkali berlaku di bilik mandi. Sila sebarkan agar lebih ramai sedar dan mungkin dapat membantu mengelakkan kejadian ini.“`*

“`1. Bermula dari segayung siramkan
di telapak kaki.

2. Segayung di betis.“`

“`3. Segayung di paha.

4. Segayung di perut.

5. Segayung di bahu.

6. Berhentilah sejenak 5-10 saat.“`

👉“`Kita akan merasakan seperti wap/
angin yang keluar dari ubun-ubun
bahkan meremang, setelah itu
lanjutkan dengan mandi seperti
biasa.“`

✅“`Hikmahnya: Seperti pada gelas yang diisi air panas kemudian kita isi
dengan air sejuk. Apa yang terjadi?
Gelas akan retak ⚡!!!

🚿Jika tubuh kita …. apa yang retak?
Suhu tubuh kita“` “`cenderung panas dan air itu sejuk, maka yang terjadi jika kita mandi langsung menyiram pada badan atau kepala, angin yang harusnya keluar jadi terperangkap atau boleh membawa maut kerana pecahnya pembuluh darah.“`

🚿“`Maka sebab itu kita sering menjumpai orang jatuh di bilik mandi tiba-tiba kena ‘stroke’. Boleh jadi kita sering masuk angin kerana cara mandi kita yang salah. Boleh jadi kita sering migrain kerana cara mandi yang salah.“`

🚿“`Cara mandi ini baik bagi semua peringkat umur terutama yang mempunyai sakit diabetes, darah tinggi, kolesterol dan migrain/sakit kepala sebelah.“

🚫“`Jangan kedekut ilmu. Sila kongsi
untuk manfaat bersama….“`

Yang Aku takut

*MUHASABAH DIRI.*

*_Yang aku takut,_*
hatiku kian mengeras dan sulit menerima nasihat namun *_sangat pandai menasihati_.*

*_Yang aku takut,_*
aku merasa paling benar sehingga *_merendahkan yang lain_.*

*_Yang aku takut,_*
egoku terlalu tinggi hingga *_merasa paling baik di antara yang lain_.*

*_Yang aku takut,_*
aku lupa bercermin diri namun *_sibuk berprasangka buruk kepada yang lain_.*

*_Yang aku takut,_*
ilmuku akan membuatku *_menjadi sombong dan memandang hina pada yang berbeza denganku_.*

*_Yang aku takut,_*
lidahku makin lincah membicarakan aib saudaraku namun *_lupa dengan aibku sendiri yang kian menggunung_.*

*_Yang aku takut,_*
aku hanya hebat dalam berkata-kata namun *_buruk dalam bertindak_.*

*_Yang aku takut,_*
aku hanya pintar dalam berdakwah namun *_sulit untuk mentaati_.*

*_Yang aku takut,_*
aku hanya cerdas dalam mengkritik namun *_lemah dalam memperbetulkan diri sendiri_.*

*_Yang aku takut,_*
aku membenci dosa orang lain namun *_enggan membenci dosaku sendiri_.*

*_Ya Allah ya Tuhanku,_*
*_aku berlindung padaMu,_*
*_dari kelemahanku sendiri,_*
*_lembutkanlah hatiku,_*
*_dan hapuskanlah egoku,_*
*_jauhkan aku,_*
*_daripada sifat berbangga diri, hasad, iri dan dengki_.*

*_Sungguh_,*
*_aku memohon hidayah,_*
*_dan keampunanMu_,*

*_Aamin Ya Allah…_*

Usia 45 tahun keatas

*USIA 45 KE ATAS SEBAIKNYA SDH TIDAK USAH FOKUS MEMBURU MAKANAN… PERBANYAK REKREAKSI SAJA..*
Ini pesanan *Prof. Dr. dr. Bhenny Karim, SpPD-KR. (Guru Besar FK UGM)*

*Kepada Saudara2ku yg Telah Berusia 45 Thn ke atas, Lebihkan Disiplin Jaga Kesihatan*.

Proses Penuaan (Aging Process) sdh Bermula Sejak Umur 32 Tahun dgn Mulanya *Penurunan Fungsi Organ-organ* (Seperti Ginjal/Buah Pinggang, Hati, Hypophyse dsbnya) dan *Penurunan Hormon-Hormon* (Seperti Testosteron, Growth Hormon, Coenzym Q10, Melatonin dan Antioxydant).

Pada Usia 45 thn Bermula Penurunan Estrogen utk Wanita & Penurunan Hormon Progesteron dan Testosteron utk Lelaki.

*Penuaan Adalah Suatu ‘Penyakit’ yg Berlangsung Kronik yg Sebenarnya Tidak Dapat Dicegah, Diubati dan Dikembalikan Menjadi Muda*.

Penuaan Bukanlah Hukuman, tetapi Akibat ‘Perintah dari Gen.’

*Beberapa Penyakit yang Muncul Akibat Proses Penuaan*, adalah;
1. Osteoporosis.
2. Metabolic Syndrome menjadi penyebab Penyakit Cardiovasculer (seperti Strok, Penyakit Jantung Koroner dan Hypertensi Renal).
3. Cancer (seperti Payudara, Colorectal/Usus, Prostat, Ovarian).
4. Alzeimer (Pikun).
5. SD (Sexual Dysfunction).

*APA PULA YANG HARUS DILAKUKAN?*

*1. BERGERAK*.
Jalan kaki 3-5 km/hari) dapat Mencegah Osteoporosis (Rapuh Tulang) dan Hypertension.

*2. SENAM OLAH NAFAS*
Seperti Pranayama, Orhiba, Cikung, Yoga dsb 2x/minggu. Paru-paru Perlu Latihan Deep/Maximal Breathing, untuk Meningkatkan Aliran Darah di Alveoli, Menuras CO2.

*3. KURANGI KARBOHIDRAT*
Cukup Protein, Buah & Sayur.

*4. JAGA BERAT BADAN*
Berat Ideal Lelaki (Tinggi Badan Kurangkan 100), Wanita (Tinggi Badan Kurangkan 110).
Lingkaran Perut Tak Boleh Lebih 80cm utk Wanita, 90cm utk Lelaki.
BMI Tak Boleh Lebih 30 kg/m2.

*5. TEKANAN DARAH TIDAK BOLEH LEBIH 140/90.*
Cek BP Tiap Minggu.

*6. KADAR GULA DARAH PUASA TIDAK BOLEH LEBIH 110, Trigliserida 150, HDL Harus Lebih 50.*
Jadi Periksa Darah Max Tiap 6 Bulan.

*7. WANITA WAJIB BUAT MAMMOGRAM dan PAP SMEAR Setiap Tahun.*
Kesan Awal Kanser Servik dan Payudara.

*8. ISTIREHAT CUKUP*
– Tidur 6-8jam sebaiknya seawal jam 10 malam
– Matikan Lampu (Merangsang Growth Hormon).
– Jangan Makan 3 jam Sebelum Tidur (Mencegah GERT & Sesak).
– Bantal Rendah (Meningkatkan Oksigen ke Otak).
– Miring ke Kanan (Mengurangi Beban Jantung).

*9. KURANGI STRESS*
– Jgn bekerja di Luar Kapasiti/Kemampuan
– *Perbanyak Rasa Syukur, Doa atau Meditasi*
– Sentiasa *Perbaiki Kualiti Ibadah, Iman, Sosial & Hiburan yg Positif*

*Perbanyak Masa Borak2, Sembang2 Santai, Gurau-senda, Erat Silaturahim atau Berkumpul dgn Keluarga & Teman2*.

*Elakkan Marah2 atau Terlalu Emosi, Hindari Hal2 yg Berpotensi Membuat Sedih/Angkara (Hukum/Permusuhan), Hadapilah Segalanya dgn Senyum Bahagia*.

*Lebih Bijaksana dlm Penggunaan Harta (JIMAT lbh BAIK )*.

Jom baca nilai2 murni ni…utk kita semua ❤

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...