Monthly Archives: January 2016

Qanaah

Dari Abdullah bin ‘Amr radhiallahu ‘anhuma bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Sungguh berbahagialah orang yang masuk Agama Islam dan diberi rezeki cukup serta dikurniai sifat qana’ah oleh Allah dengan apa-apa yang direzekikan kepadanya itu.”

[HR Imam Muslim)
qanaahHadith 522 Riyadhus Solihin bab 56
Penjelasan

Secara ringkas, qana’ah adalah sifat tunduk dan redha atas pemberian Allah pd hambaNya. Kadang-kadang manusia bertanya knp org lain lebih mendpt rezeki sedangkan dia merasa mereka tetap sama beribadat, berusaha dan berdoa. Sekiranya qana’ah ini ada pd diri, kita akan berlapang dada, mana tahu kelebihan pd org lain itu merupakan ujian atau istidraj pd diri mereka.

Moga kita dapat mendidik diri kita untuk menjadi hamba yg bersangka baik dengan Allah dan bersyukur atas apa yg diberinya.

Wallahua’lam

Game Islamik

⚽️🏀⚽️🏀⚽️🏀⚽️🏀⚽️🏀

Assalamualaikum Semua ..Jom main Game versi Islamik ..Confirm Enjoy Kalau Anda Betul² Menghayati ..
Tarik nafas .. 1,2,3 👌

Ok! Jommm. 😄

1. Assalamu’alaikum. Baca ni. Tengok nombor 5.

2. SubhanAllah Wa Bihamdih! Lari ke nombor 8. Cepat!!!

3. Laa ila ha illa Anta Subhanaka Inni Kuntu Minaz Dzalimiin. Ermmm… Dekat nombor 7 lah.

4. Laa ilaaha illallah. Kejap-kejap, dah dekat dah. Go to number 9.

5. Wa’alaikumussalam. Pergi kat nombor 2.

6. Lahaula Wala Quwata illa Billah Hil Aliyil ‘Azim. Singgah ke 4.

7. SubhanAllahal’adzim. Sabarnye awak. Jap ye. Pergi nombor 12 dulu.

8. Allahuakbar! Pindah ke nombor 3.

9. Alhamdulillah’ala Ni’matil Islam. Dah dekat! Pergi kat nombor 13.

10. Astaghfirullah al ‘ adzim! Istighfar. Jangan marah. Awak tahu Jawapannya nanti. Pergi jumpa nombor 6.

11. Alhamdulillah. Awak dah dapat Pahala!

12. Selawat lah. Allahumma Solli ‘Ala Sayyidina Muhammad, Wa’ala ‘Ali Sayyidina Muhammad. Move to number 10.

13. MashaaAllah. Ni yang Terakhir. Pergi kat nombor 11.

#JanganLupaShare 😁
#AndaTidakRugi

🎾🏉🎾🏉🎾🏉🎾🏉🎾

Check-In Iman

Ramai suka check in Foursquare ke Swarm ke.  But tidak ramai yang Check-in Iman.

Tak Boleh Cepat, Tak Boleh Lambat

Adakala kita rasa macam tak sempat sahaja nak kejar urusan dunia dan tugasan kerja serta belajar. Macam masa 24 jam itu memang tak cukup-cukup. Kenapa itu berlaku?

Sebab itu, kita perlu check-in iman kita.

Masa 24 jam sehari aku, banyak dibazirkan untuk apa?

Sepanjang hidup aku, apa bekalan yang aku dah cari untuk dibawa ke akhirat nanti?

Apa kebaikan yang aku lakukan dalam sehari?

Apa ilmu yang aku dapat hari ini?

teetw00707 teetw00706

 

Harga RM21 je.

Tabung Gawat

#TabungGawat

gawat

JANGAN JANGAN BILA GAWAT DATANG

1. Jangan tukar kerja waktu ini kerana yang ‘terakhir masuk, paling awal keluar’

2. Pakai saja kereta lama jangan berangan nak pakai Honda, beli logo Honda tampal tak mengapa.

3. Jangan bina hutang baru, hutang lama kambus segera.

4. Jangan belanja simpanan kecemasan yang ada, bila bila masa akan berguna.

5. Jangan lupa sedekah, walau kita saat sedang susah sebenarnya.

6. Jangan beli rumah mewah, duduk rumah pangsa bukan dosa.

7. Jangan banyak tengok katalog ikea, nanti geram nak tukar sofa.

8. Jangan malas membaca, ada banyak idea tambah pendapatan yang luar biasa sebenarnya.

9. Jangan ‘dating’ di Pavilions, makan roti harga macam makan kambing sahaja.

10. Jangan lupa cari pendapatan tambahan, buat buat tido dan harap orang derma dalam akaun kita. Itu kerja giler.

11. Jangan tambah isteri yang ada, kekal yang lama tambah bahagia.

12. Jangan cari suami yang kaya, banyak dah contoh kekal tak lama.

13. Jangan merungut duit tak ada depan anak kita, berusahalah suami kacak semua.

14. Jangan malu pandu viva, semua yang bawak kacak macam bangla.

15. Jangan lupa bina Tabung Warna. walau ada yang ketawa tengok tabung kita. Jumlahnya beribu juga, engkau ada…

Gawat datang lagi, kali ini lebih ngeri. Bersedialah kita untuk zaman kering ini, katanya panjang musim kering kali ini.

#BanyakkanUsahaDanKurangkanMerungut.

5 Gred Solat

5 gred solat

?Gred E
Bila azan,buat tidak Tahu,Tengah memasak terus memasak,tengah berfb terus berfb,tengah berwhatsapp terus je whatsapp,sedang tengok TV,terus tengok tv dan seumpamanyasolat

:|Gred D
Bila azan berkumandang,dia perlahankan tv,perlahankan radio,tetapi tetap meneruskan aktiviti,tidak bersedia untuk solat

?Gred C
Bila azan berkumandang,terus mengambil wuduk dan solat

:)Gred B
Bila azan,terusberwudhu’ dan Menuju ke masjid mahupun surau

?Gred A
Bila azan,sudah berada di masjid dlm keadaan berwudhu’,dan bersedia untuk solat

Apakah gred solat Kita❓
Kalau exam kita nak gred A sokmo..

Solat macam mana? Ingatlah.!solat adalah perkara no. 1 yang akan ditanya oleh Allah di hari perhitungan nanti bknnya result exam !
Solat terjaga ?insyaAllah benda lain pn ?✅✅ Sama2lah kta balannce kn hal dunia & hal akhirat

Jom muhasabah?⏰⌚
BACALAH KEJAP.. TAK DOSA PUN.. DAPAT PAHALA FREE LAGI 🙂
?Sharing info moment.. Jangan baring ketika azan, nanti jenazah kita berat.”
Rasulullah S.A.W bersabda “Sebarkan Walaupun
Daripada Sepotong Ayatku 😉
Jangan berkata-kata semasa azan, agar lidah tidak kelu menyebut shahadah ”

7 kalimat yg harus di biasakan..
?1.Bismillahirrahmannirrahim-Setiap hendak melakukan sesuatu.
?2.Alhamdulilah-Setiap habis melakukan sesuatu.
?3.Astagafirullah-Jika melakukan sesuatu yg buruk.
?4.InsyaAllah-Jika ingin melakukan sesuatu pada masa yg akan dtg.
?5.Laa hawla walaaquwwata illaah billaah-Bila tidak dpt melakukan sesuatu yg agak berat/melihat hal yg buruk.
?6.Innalillahi wainna ilaihi rojiun-Jika melihat/menghadapi musibah atau menerima khbr kematian.
?7.Lailaha illallah-Bacalah siang dan malam sebanyak-banyaknya.

Ada 2 pilihan utk anda :
?1.Biarkn sja text ini tanpa bermanfaat utk org lain.
?2.Anda sebarkan kepada semua kenalan anda.
?Rasulullah bersabda,”Barangsiapa yg menyampaikan 1 ilmu sja dan ada org yg mengamalknnya, maka walaupn yg menyampaikan sudah tiada(meninggal dunia),dia akann tetap memperoleh pahala..?

Amiiin ya rabbal alamin
Semoga bermanfaat.
Amin….

اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد
ٍ
Hantar ke semua contact . Anda akan membuat beribu , malah berjuta-juta org berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W…

Buku Take 5 @Prof Kami

Saya memang mengumpul koleksi buku Prof Kamil Sejak dari awal lagi.

Buku ini baru dibeli di Popular Bookstore

RM15 sahaja.

*200 bahasa hati menyuntik motivasi

 

3a925ae2-79b2-41e9-bb24-d93442bd21a6 take5

Milik Ayah & Ibu

MILIK AYAH & IBU…RAMAI YANG TAK TAHU…

Terdapat sebuah pertanyaan di suatu Majlis Taklim. Suatu saat pada sesi tanya jawab kajian.

Penanya: Wahai Syeikh, Ibuku tinggal menumpang bersamaku dirumahku dan terjadi masalah antara Beliau dengan isteriku.

ayahibuSyeikh: Ulangi pertanyaanmu..!!

Penanya: Ibuku tinggal menumpang bersamaku di rumahku.

Syeikh: Cuba ulangi pertanyaanmu..!!

Penanya: Ibuku tinggal menumpang bersamaku di rumahku.

Syeikh: Ulangi lagi pertanyaanmu..!!

Penanya: Ibuku tinggal menumpang bersamaku.

Syeikh: Ulangi sekali lagi pertanyaanmu..!!

Penanya: Wahai Syeikh, tolong biarkan aku menyelesaikan dulu pertanyaanku, jangan anda potong.

Syeikh: Pertanyaanmu salah, yang benar engkaulah yang hidup menumpang pada ibumu, meski rumah itu milikmu dan atas namamu..

Penanya: Iya Syeikh, kalau demikian selesai sudah permasalahannya..

Syeikh: Jangan durhaka wahai anak, jangan durhaka wahai menantu..!!
Kamu dengan seluruh hartamu adalah milik ibumu.

RasululLah SAW bersabda: “Engkau dan semua hartamu adalah milik ayah Ibumu”  [HR. Ibnu Majah no. 2291]

1. Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang, ibu-ibu jangan jatuh air mata dan anak jangan bagi ibu jatuh air mata.  Biarlah Ibu menangis kerana Anak Berjaya dan bukan sedih kerana Angkara Anak.

2. Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka Ibu/anak, sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya

ADA 3 MATA YG TIDAK DIJILAT API NERAKA..

» Melihat kaabah sehingga menitis air mata.
» Membaca Al-Qur’an sehingga menitis air mata.
» Memandang wajah Ibu yang sedang tidur /sedar hingga berlinangan air mata.

Orang yang kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidur.
» Anak
» Ibu
» Suami /Isteri

1. Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menunjukkan sesuatu pada Ibu/bapa.

2. Barang siapa yang tidak mendoakan ibu/bapa selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira dia anak derhaka walaupun pada waktu ibu/bapanya hidup dia tak pernah menderhaka.  Maksudnya jika ibu/bapa masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti mendoakannya.

3. Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati. Jadi doakanlah Ibu/bapa kita yang telah tiada.

4. Ketika melalui kubur, perlahankan kenderaan (jika sedang menaiki kenderaan) dan beri salam, mereka akan doakan kita “berkatilah si pulan ini” dan jika tak bagi salam, mereka akan kata “celakahlah orang ini”  Jadi, jangan lupa bagi salam.

5. Tanda-tanda siksa Allah atas muka bumi ini antara lain simpan harta sampai mati tak pernah keluarkan zakat.

6.    Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu selamanya.

7. Jika mak ayah kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada peruntukkan wang untuk dia, bila mak kita dah takde teruskan memberi peruntukkan itu sebagai sedekah.
“Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibu/bapaku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibu/bapaku”.
Itu yang yang buat ibu/bapa kita bahagia di sana.

8. Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah Ibu/bapa kita baru kita ringan tangan nak bersedekah.

9. Allah panjangkan usia Ibu/bapa supaya mereka sakit dan nyanyuk untuk beri syurga pada anak2nya. Jagalah mereka dengan baik In shaa Allah, syurga balasannya. Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit, berebutlah menjaga ibu/bapa kita.  Besar sangat pahalanya.

10. Allah kalau boleh tak nak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita sakit/malu/miskin untuk mmbersihkan kita sebelum dia mengambil kita.

Ya Allah jadikan hari-hari kami penuh dengan bakti kami kepada orangtua kami dan berkatilah kehidupan kami..Aamiin Yarobbal A’lamiin.

PESANAN UNTUK KITA YG BERGELAR ANAK

Jom pukul kepala iblis

JOM PUKUL KEPALA IBLIS

Ustaz Azhar Idrus Berkata:
Kita relax and bace ni..
Perbualan antara
Rasulullah & iblis…

iblisRasulullah bertanya :
“Apa yg kau rasakan jika
melihat seseorang dari umatku hendak solat?”

Iblis menjawab :
“aku merasa panas dinding dan gementar”

Rasulullah : “kenapa?”

Iblis : “Sebab setiap seorang hamba bersujud 1X
kepada Allah, Allah mengangkatnya 1 darjat”

Rasulullah : “jika seorang umatku berpuasa?”

Iblis : “tubuhku terasa terikat hingga ia berbuka”

Rasulullah : “jika ia berhaji?”

Iblis : “aku seperti orang gila”

Rasulullah : “jika ia membaca Al-Quran?”

Iblis : “aku merasa meleleh laksana timah di atas api”

Rasulullah : “jika ia bersedekah?”

Iblis : “itu sama saja org tersebut membelah tubuhku dgn gergaji”

Rasulullah : “mengapa boleh begitu?“

Iblis: ”sebab dalam sedekah ada 4 keuntungan
baginya, iaitu :

1. Keberkahan dlm hartanya,
2. Hidupnya disukai,
3. Sedekah itu kelak akan menjadi hijab antara
dirinya dgn api neraka,
4. Terhindar dari segala macam musibah akan
terhalau dr dirinya,

Rasulullah : “apa yg dapat mematahkan pinggangmu?”

Iblis : “suara kuda perang di jalan Allah.”

Rasulullah : “apa yg dapat melelehkan tubuhmu?”

Iblis : “taubat org yg bertaubat”

Rasulullah : “apa yg dpt membakar hatimu?”

Iblis : “istighfar di waktu siang & malam”

Rasulullah : “apa yg dpt mencoreng wajahmu?”

Iblis : “sedekah yg diam2”

Rasulullah : “apa yg dpt menusuk matamu?”

Iblis : “solat fajar”

Rasulullah : “apa yg dpt memukul kepalamu?”

Iblis : “solat berjemaah”

Rasulullah : “apa yg paling mengganggumu”

Iblis : “majlis para ulama”

Rasulullah : “bagaimana cara makanmu?”

Iblis : “dengan tangan kiri dan jariku”

Rasulullah : “dimanakah kau menaungi anak2mu
di musim panas?”

Iblis : “dibawah kuku manusia”

Rasulullah : “siapa temanmu wahai iblis?”

Iblis : “penzina”

Rasulullah : “siapa teman tidurmu?”

Iblis : “pemabuk”

Rasulullah : “siapa tamumu?”

Iblis : “pencuri”

Rasulullah : “siapa utusanmu?”

Iblis : “tukang sihir (dukun)”

Rasulullah : “apa yg membuatmu gembira?”

Iblis : “bersumpah dgn cerai”

Rasulullah : “siapa kekasihmu?”

Iblis : “org yg meninggalkan Solat Jumaat”

Rasulullah : “siapa manusia yg paling
membahagiakanmu?”

Iblis : “org yg meninggalkan solatnya dgn sengaja”
*sebarkannya biar bagi 1 dunia tahu apa kelemahan Iblis.

..Sharing is caring
“Ingat Nabi berpesan Sebarkan walau sepotong ayatku”

DIY 360 Mengurus Wang

Buku terbaru dan beli online dari fb Alwi Adam. Saya memang suka baca buku mengenai pengurusan wang.

Menjadi kaya dan bebas kewangan adalah impian ramai orang. Namun tidak ramai yang mahu belajar sistem untuk menjadi bebas kewangan. Formula asas kaya sangat mudah iaitu, urus duit dan buat duit.

Lepas urus duit, buat duit sebanyak mungkin. Lepas buat duit, uruskan sebaik mungkin. Namun menjadi bebas kewangan perlu lebih daripada itu. Pengurusan duit perlu strategik dan bermatlamat. Minda perlu diubah, nafsu perlu dikekang. Fokus kepada matlamat dan tetap pada perancangan.

Buku ini membawa anda satu sistem kewangan yang lengkap dan menyeluruh dalam satu modul dinamakan #DIY360FinancialFreedom, satu pengurusan minda dan pelan untuk mencapai kebebasan kewangan.

Harga: RM35 je

diy360

Istidraj

Dari Ubah bin Amir radhiallahu ‘anhu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

إِذَا رَأَيْتَ اللَّهَ تَعَالى يُعْطِي الْعَبْدَ مِنَ الدُّنْيَا مَا يُحِبُّ وَهُوَ مُقِيمٌ عَلَى مَعَاصِيهِ فَإِنَّمَا ذَلِكَ مِنْهُ اسْتِدْرَاجٌ

“Apabila Anda melihat Allah memberikan kenikmatan dunia kepada seorang hamba, sementara dia masih bergelumang dengan maksiat, maka itu hakikatnya adalah istidraj dari Allah.”

Kemudian Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam membaca firman Allah,

فَلَمَّا نَسُوا مَا ذُكِّرُوا بِهِ فَتَحْنَا عَلَيْهِمْ أَبْوَابَ كُلِّ شَيْءٍ حَتَّى إِذَا فَرِحُوا بِمَا أُوتُوا أَخَذْنَاهُمْ بَغْتَةً فَإِذَا هُمْ مُبْلِسُونَ

“Tatkala mereka melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka, Kami pun membukakan semua pintu-pintu kesenangan untuk mereka; sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, Kami siksa mereka dengan sekonyong-konyong, maka ketika itu mereka terdiam berputus asa.” (QS. Al-An’am: 44)

(HR. Ahmad, no.17349, Thabrani dalam Al-Kabir, no.913, dan disahihkan Al-Albani dalam As-Shahihah, no. 414).

istidrajPenjelasan

APA ITU ISTIDRAJ? Istidraj adalah suatu keadaan berupa kemurahan rezeki padahal yang diberi dalam keadaan terus menerus bermaksiat pada Allah.

Jadi, ketika Allah membiarkan kita :

1. Sengaja meninggalkan shalat.
2. Sengaja meninggalkan puasa.
3. Tidak ada perasaan berdosa ketika bermaksiat dan membuka aurat.
4. Berat untuk bersedekah.
5. Merasa bangga dengan apa yang dimiliki.
6. Mengabaikan semua atau mungkin sebahagian perintah Allah.
7. Menganggap enteng perintah- perintah Allah.
8. Merasa umurnya panjang dan menunda-nunda taubat.
9. Tidak mau menuntut ilmu syar’I.
10. Lupa akan kematian.

Tetapi Allah tetap memberikan kita :

1. Harta yang berlimpah.
2. Kesenangan terus menerus.
3. Dikagumi dan dipuja puji banyak orang.
4. Tidak pernah diberikan sakit.
5. Tidak pernah diberikan musibah.
6. Hidupnya sentiasa aman.

Hati-hati kerana semuanya itu adalah ISTIDRAJ … Ini merupakan bentuk kesengajaan dan pembiaran yang dilakukan Allah pada hambaNya yang sengaja berpaling dari perintah-perintah Allah, Allah menunda segala bentuk azabNya.

Allah membiarkan hamba tersebut semakin lalai dan semakin diperbudak dunia, Allah membuatnya lupa pada kematian.

Jangan dulu merasa aman, nyaman, tenteram dengan hidup kita saat ini, seolah hidup kita penuh berkah dari Allah, lihat diri kita.

Bila semua kesenangan yang Allah titipkan tapi justru membuat kita semakin jauh dari Allah dan melupakan segala perintah-perintahNya bersiaplah utk menantikan akibatnya, kerana janji Allah itu Maha Benar.
Wallahu a’lam

Pesanan untuk ibubapa

Pesanan untuk semua ibu bapa… cikgu juga adalah ibu bapa pd seseorang anak… peringatan untuk semua… mudah2an membantu membentuk anak2 dlm masyarakat yg perihatin…

anakibubapaTanamkan dalam hati bahawa;

1. Anak kita bukan baik sangat.

Walau kat rumah dia taat, dia mungkin nakal dibelakang kita. Jadi dia mungkin lawan cakap cikgu, pukul kawan dia, dan buat pelbagai perkara yang kita tak jangka.

2. Bukan anak kita sorang aje kat dalam kelas tu.

Kita kat rumah paling banyak anak 6 7 orang. Itu pun kita tak mampu nak beri perhatian pada semua. Anak cakap banyak sikit kita dah suruh diam. Just imagine kita ada anak kembar seramai 40 orang. Macam tu lah apa yang cikgu alami sewaktu mengajar anak-anak kita.

3. Anak kita juga pandai menipu.

Jangan percaya sangat dengan cerita2 anak kita. Dia mungkin menipu. Tak kiralah seyakin mana kita dengan kesolehan dia, dia mungkin menipu. Siasat dan jangan cepat melatah. Nanti kita yang malu.

4. Anak kita layak dimarah.

Anak kita bukan malaikat. Dia tidak sempurna. Dia pasti melakukan banyak silap. Dia perlu dididik. Character dia di rumah dan di sekolah tak sama. Dia mungkin sangat annoying waktu di dalam kelas dan kita takkan tahu itu. Jika dia dimarah, itu tandanya gurunya sedang mendidiknya.

5. Ingat semula kenapa kita hantar dia kesekolah.

Untuk dia jadi diva kah? Sampai tak boleh diusik.
Untuk dia jadi samseng? Sampai tak boleh dijentik.
Untuk dia jadi biadap? Sampai tak boleh dididik.

6. Dia sedang dididik. Dengan cara yang kita suka, mahupun tidak suka.

Jika tak boleh terima orang lain didik dia dengan cara yang tak sama dengan didikan kita, jangan hantar dia ke sekolah. Kita tak boleh harapkan orang ikut cara kita. Cara kita tak semestinya betul.

7. Kita tak mampu berikan semua ilmu yang diperlukannya.

Kita perlukan guru2. Kita mungkin pakar kimia, tapi kita tak tahu matematik, geography, biology dan sebagainya. Kita mengharapkan guru2 itu mencurahkan ilmu kepada anak kita. Hormati mereka.

8. Duit bukan segalanya.

Kita mungkin kaya. Tapi duit tak mampu jadikan anak kita sempurna. Duit tak boleh membentuk akhlaknya. Dia perlu didik, diajar, dibentuk. Baru dia mampu menjadi manusia.

9. Kita tak mampu membentuknya seorang diri.

Anak kita perlu dilatih hidup dengan masyarakat. Dia perlu diajar bagaimana menghadapi dunia yang ganas di luar sana. Dia perlukan sekolah sebagai langkah pertama untuk memahamkan dia bagaimana untuk survive di dunia ini. Guru2 itulah yang akan membantu kita membuatnya melihat dunia. Beri guru2 itu ruang untuk membantu kita.

10. Kita bukanlah orang yang paling betul dalam dunia.

Cara guru dan kita mungkin berbeza. Tapi pengalaman mereka mendidik memang kita tak mampu menandinginya. Paling hebat kita didik 6 7 orang anak kita sendiri. Mereka dah didik 6 7 orang anak sendiri dan beratus malahan beribu anak-anak orang lain yang mereka didik seperti anak-anak mereka sendiri.

11. Jangan sombong dengan guru2. Allah sebut darjat mereka tinggi di dalam al quran.

Mereka bukan sahaja bekerja kerana gaji, tapi mereka melakukan amal jariah dengan memberi ilmu yang bermanfaat kepada ribuan manusia, dan amal ini allah kira sahamnya walaupun setelah mereka meninggal dunia.
Amal kita?

12. Ilmu anak kita takkan berkat tanpa redha gurunya.

Tanamkan itu dalam peribadi anak-anak kita. Yang 11A tapi jika biadap dengan guru belum tentu berkat ilmunya, belum pasti tenang hidupnya. A kurang tak apa. Asalkan tak kurang adabnya. Biar berkat ilmunya. Kejayaan akan datang dalam pelbagai cara.

13. Guru2 sentiasa mengingatkan anak kita agar hormat ibu bapanya.

Ibu bapa sentiasa menjadi sentimen utama yang digunakan oleh guru2 untuk menasihati anak-anak kita. Mengapa kita tak boleh buat perkara yang sama? Satu sahaja, kerana kita rasa kita lebih bagus dari segenap segi daripada guru2 anak-anak kita.

Berlapang dadalah.
Ilmu itu bukan bilangan A.
Tapi apa yang anak kita dapat untuk dia jadikan panduan untuk jalani kehidupan di dunia dan diakhirat.

Tepuk dada, tanya hati.

Manusia Ibarat Buku

MANUSIA IBARAT BUKU

Manusia itu seperti sebuah “Buku”….
Cover depan adalah tanggal lahir. Cover belakang adalah tanggal kematian.

Tiap lembarnya, adalah tiap hari dalam hidup kita dan apa yg kita lakukan.
Ada buku yg tebal,
ada buku yg tipis.

bukuAda buku yg menarik dibaca,
ada yg sama sekali tidak menarik.
Sekali tertulis, tidak akan pernah bisa di’edit’ lagi.

Tapi hebatnya,
seburuk apapun halaman sebelumnya, selalu tersedia halaman selanjutnya yg putih bersih, baru dan tiada cacat.

Sama dengan hidup kita, seburuk apapun kemarin,
Allah menyediakan hari yang baru untuk kita.

Kita diberi kesempatan baru untuk melakukan sesuatu yang benar dalam hidup kita setiap harinya.
Kita boleh memperbaiki kesalahan kita dan melanjutkan alur cerita ke depannya sampai saat usia berakhir, yang sudah ditetapkanNYA.

Terima kasih Ya Allah untuk hari yang baru ini..
Syukuri hari ini….
dan isilah halaman buku kehidupanmu dengan hal-Hal yang baik semata.
Dan, selalu lah bertanya kepada Allah, tentang apa yang harus ditulis tiap harinya.

Supaya pada saat halaman terakhir buku kehidupan kita selesai, kita dapati diri ini sebagai peribadi yg berkenan kepadaNYA.

Dan buku kehidupan itu layak untuk dijadikan teladan bagi anak-anak kita dan siapapun setelah kita nanti.

Selamat menulis di buku kehidupan kita.
Menulislah dengan tinta cinta dan penuh rasa kasih sayang, serta pena kebijaksanaan, dengan tidak ada kesombongan dan keangkuhan.

Copy&Paste
Ustaz Iqbal Zain

Bersangka baik pada semua orang

“Bos saya memandu sebuah kereta mewah setiap hari dan menjadi tugas saya untuk menyapa beliau dan membuka pintu pagar untuknya. Saya bekerja sebagai penjaga di villa mewah beliau. Tapi tak pernah sekali pun beliau membalas sapaan saya setiap hari.

Suatu hari beliau ternampak saya membuka bungkusan sampah di luar villa beliau untuk mencari jikalau ada sisa – sisa makanan. Tetapi seperti biasa beliau langsung tidak memandang pada saya seolah – olah beliau tidak menyaksikan apa – apa.

bersangkabaikKeesokan harinya saya melihat sebuah bungkusan di tempat yang sama, tetapi ianya bersih dan makanan di dalamnya dibungkus dengan baik. Ianya masih segar dan makanan yang elok seperti ada orang yang baru membelinya dari pasaraya. Saya tak kisah daripada mana ianya datang, saya segera mengambilnya dan saya sangat gembira pada hari itu.

Setiap hari saya dapati bungkusan makanan di tempat yang sama dengan sayuran yang segar dan semua barang keperluan dapur. Ini menjadi rutin saya setiap hari. Saya menikmati dan berkongsi makanan – makanan ini dengan anak dan isteri saya.

Saya terfikir siapalah yang cuai sangat ni? Setiap hari tertinggal bungkusan yang penuh dengan makanan segar.

Suatu hari masalah yang sangat besar telah berlaku di villa. Saya diberitahu bahawa boss saya telah meninggal dunia. Ramai orang datang melawat ke villa pada hari itu dan saya tak menjumpai bungkusan makanan pada hari itu, jadi saya rasa mungkin salah seorang tetamu telah mengambil bungkusan itu. Tapi perkara yang sama berulang pada hari ke-2, hari ke-3 dan hari ke-4.

Ianya berterusan sehingga beberapa minggu dan saya mengalami kepayahan untuk menyediakan makanan kepada keluarga saya, jadi saya mengambil keputusan untuk berjumpa dengan isteri bos saya dan meminta untuk menaikkan gaji saya atau saya akan berhenti bekerja sebagai penjaga di villa itu.

Selepas saya memberitahu pada isteri bos saya, beliau terkejut dan bertanya kepada saya kenapa saya tak pernah mengadu tentang gaji sepanjang 2 tahun ini? Dan kenapa tiba – tiba pula sekarang gaji tidak cukup? Saya memberikan beliau pelbagai alasan dan beliau langsung tidak percaya.

Akhirnya saya terpaksa memberitahu cerita sebenar tentang bungkusan makanan itu dan bagaimana ia mencukupkan keperluan harian saya. Beliau kemudian bertanya bilakah ianya terhenti? Saya beritahu beliau ianya terhenti selepas kematian suaminya.

Dan barulah saya sedar bahawa saya tidak menjumpai bungkusan makanan itu sebaik sahaja bos saya meninggal dunia.

Kenapa langsung tidak pernah terlintas di fikiran saya sebelum ini? Sebenarnya bos sayalah yang membekalkan makanan kepada saya setiap hari. Saya rasa mungkin sebab saya tak sangka bahawa seseorang yang tidak pernah membalas sapaan saya sebelum ini rupa – rupanya ialah seorang yang sangat baik hati.

Isterinya mula menangis dan saya memujuk beliau supaya berhenti menangis dan saya betul – betul minta maaf sebab minta dinaikkan gaji, saya tidak sangka bahawa suami puan yang menyediakan makanan pada saya setiap hari. Saya akan kekal menjadi penjaga villa ini dan saya sangat terbesar hati untuk memberi perkhidmatan saya.

Isterinya memberitahu, “Saya menangis kerana saya telah menjumpai orang ketujuh yang suami  saya berikan bungkusan yang berisi penuh makanan. Saya tahu suami saya memberikan kepada 7 orang setiap hari dan saya telah menjumpai 6 orang sebelum ini dan selama ini saya memang mencari orang yang ketujuh. Dan hari ini saya telah menjumpainya.

Bermula hari itu dan seterusnya, saya mula menerima bungkusan berisi makanan lagi. Kali ini anak lelakinya yang datang ke rumah saya dan memberikannya kepada saya. Tetapi setiap kali saya berterima kasih kepadanya, beliau tidak pernah membalas sapaan saya!

Sama seperti ayahnya!

Suatu hari, saya katakan pada beliau TERIMA KASIH dengan suara yang agak kuat! Beliau membalas semula kepada saya dan beritahu supaya tidak berkecil hati jika beliau tidak membalasnya kerana beliau mempunyai masalah pendengaran , sama seperti ayah beliau!

Oh! Saya telah banyak bersangka buruk menilai orang lain tanpa mengetahui kisah sebenar disebalik tindakan mereka.”

Berbaik – baiklah dalam berurusan dengan orang lain kerana setiap orang mempunyai kepayahan mereka sendiri. Hati – hati, jangan asyik pentingkan diri sendiri. Sebelum anda menilai, ada satu perkara yang anda boleh lakukan iaitu BERTANYA.

Jangan buat kesimpulan sendiri, ianya sangat – sangat tidak bagus. Ia mungkin memberikan kesan buruk kepada kita di kemudian hari. Banyak masalah boleh timbul kerana kita tersalah tanggapan terhadap perkara yang berlaku di sekeliling kita. Jangan menilai sesuatu situasi yang kita kita tidak pernah alami sendiri. Merendah dirilah untuk pelajari sesuatu hikmah. Marilah kita ubah cara menilai terhadap diri kita dan orang lain.

Dua pengajaran daripada cerita ini, jangan terus percaya dan menilai terhadap sesuatu situasi.

Setiap orang menghadapi kesukaran yang berbeza yang mungkin kita tidak pernah tahu.

Pengajarannya – SELALULAH BERSANGKA BAIK PD SEMUA ORANG :mrgreen::mrgreen::mrgreen:

Belajar NLP antara resolusi tahun 2016

Terpanggil dengan promosi dari NLP Malaysia di Radio IKIM, saya telah mendaftarkan diri dengan isteri untuk menyertai Seminar Grand Power pada 27 Feb nanti.

Sebagai permulaan, Apakah itu NLP.

nlpNLP adalah merupakan satu kaedah untuk memahami bagaimana minda beroperasi dan kemudiannya mempengaruhi tingkah laku dan prestasi seseorang.

Dengan meneliti dan meneroka ke dalam gaya berfikir, para pengkaji NLP telah menyusun dan menstruktur kaedah-kaedah yang berkait tentang pemikiran dan tingkah laku.

Ada sesetengah kelompok yang menganggap ianya sebagai salah satu cadang psikologi gunaan, walaupun NLP tidak melalui proses akademik yang ketat. Setakat ini, ada bermacam definisi yang diberikan oleh pengasas dan penyumbang NLP.

Apakah yang dimaksudkan dengan:
i)NEURO
ii)LINGUISTIC
iii)PROGRAMMING

Itu kena tengok video nya.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...