Monthly Archives: December 2015

Kenapa masih bertangguh

nowlater

KENAPA MASIH BERTANGGUH NAK BERUBAH jika Anda sedang / akan menghadapi :

# KRISIS KEWANGAN – kalau tidak, kenapa anda risau bila kereta breakdown/ berkira-kira bila nak membantu Ibu, ayah, adik beradik & sedara mara

# KRISIS KESIHATAN – kalau tidak , kenapa anda biasa hidapi sakit/ pening kepala, cepat marah, Stress, sakit perut dsb

# KRISIS KECANTIKAN – kalau tidak, kenapa anda risau bila jerawat timbul di muka/ tiap2 hari cuci muka dsb

# KRISIS KEBEBASAN – kalau tidak, kenapa mengeluh bila cuti tak approved/ kenapa bercongak-congak masa nak masuk ofis vs solat zohor/ kenapa pagi-pagi, kalut nak pi ofis sampai tinggal solat subuh

* Peluang Bukan Datang Selalu,
* Peluang kalau dilepaskan umpama menolak rezeki yang Allah nak berikan
* Hidup ini SEBENARNYA BERGANTUNG KEPADA PELUANG
*** HIDUP JUGA SATU PELUANG YANG DIBERIKAN ALLAH SWT ***

Sebab itu HARI INI ADALAH PELUANG untuk mencorakkan HARI ESOK YANG PENUH MISTERI

Selamat Tahun Baru 2016….. Dah Tanam Azam untuk berubah ke belum?????

Hidup bak secawan kopi

KEHIDUPAN INI IBARAT SECAWAN KOPI

Sekumpulan bekas pelajar yang sudah berjaya di dalam kerjaya masing-masing telah berkumpul untuk melawat pensyarah universiti yang pernah mengajar mereka.  Mereka berasa gembira kerana dapat bersua sesama mereka setelah lama tidak berjumpa, apatah lagi dapat menemui pensyarah universiti yang selama ini telah banyak membantu mereka ketika menuntut ilmu di universiti yang menatijahkan kerjaya yang baik buat mereka.

kopi

Setelah lama berbual, timbullah beberapa rungutan tentang tekanan di tempat kerja dan juga dalam kehidupan seharian yang disuarakan oleh beberapa bekas pelajar ini.  Pensyarah itu hanya mendengar dan kemudian beliau ke dapur untuk menyediakan minuman kopi untuk tetamu-tetamunya.

Beliau kemudiannya keluar dengan membawa satu bekas besar yang berisi minuman kopi dan beberapa jenis cawan.  Ada cawan yang diperbuat daripada porselin, plastik, kaca dan kristal.  Ada cawan yang kelihatan ringkas sahaja.  Ada yang nampak murah.  Dan ada juga yang kelihatan mahal dan sangat cantik.

Pensyarah itu mempelawa tetamu-tetamunya agar melayan-diri.  Masing-masing pergi ke meja tempat dihidangkan minuman kopi itu dan menuangkan sendiri ke dalam cawan yang berbagai-bagai bentuk, warna dan buatannya itu.  Setelah semuanya mengambil secawan kopi, pensyarah itu berkata:

“Jika anda perasan, kesemua cawan-cawan yang kelihatan cantik dan mahal telah pun diambil, tetapi cawan-cawan yang ringkas dan nampak murah tiada sesiapa yang mahu mengambilnya.  Biasalah tu, memang semua nakkan yang terbaik untuk diri sendiri kan…”

Beliau kemudian menyambung.

“Itulah puncanya kepada masalah-masalah anda.  Dan itulah sebabnya kenapa anda berasa tertekan dengan kerjaya dan kehidupan.”

“Saya pasti, cawan-cawan itu tidak memberikan apa-apa nilai kepada kopi yang anda minum.  Dalam beberapa situasi, cawan-cawan itu hanya membuatkan kopi yang diminum itu lebih mahal harganya.  Dan di dalam situasi yang lain, cawan itu malah menyorokkan apa yang kita minum.”

“Apa yang anda semua betul-betul mahukan adalah minuman kopi itu.  Bukan cawannya.  Tetapi anda tetap mahukan cawan yang terbaik sifatnya, dan kemudian anda memandang dan menjeling ke arah cawan kawan-kawan anda untuk melihat siapakah yang memiliki cawan yang paling cantik atau paling bagus.”

“Sekarang, cuba anda fikirkan.  KEHIDUPAN adalah ibarat kopi.  Manakala pekerjaan, wang, pangkat dan kedudukan di dalam masyarakat adalah ibarat cawan.  Yang mana ia hanyalah bekas kepada KEHIDUPAN!”

“Rupa dan jenis cawan tidak memberi makna atau mengubah nilai KEHIDUPAN yang sedang kita jalani ini.  Kadang-kadang dengan kita hanya menumpukan kepada rupabentuk CAWAN, kita gagal untuk menikmati MINUMAN KOPI itu.  Jadi, nikmatilah dan tumpukanlah kepada KOPI itu, bukan CAWANNYA!”

“Manusia yang bahagia bukanlah mereka yang memiliki yang terbaik dalam setiap perkara.  Manusia yang bahagia adalah mereka yang sentiasa membuat yang terbaik di dalam setiap perkara.”

“Hiduplah dengan sederhana.  Bercakaplah dengan baik, ambil beratlah dengan sungguh-sungguh, berkasih sayanglah, bermurah hatilah… dan hayatilah kehidupan ini dengan penuh makna.  Jangan terlalu ditumpukan kepada aksesori kehidupan.”

Mudah-mudahan kalian dapat memahami mesej yang cuba disampaikan oleh tulisan di atas.  Tulisan di atas telah saya terjemah dan sunting dari video bertajuk ‘Life Is Like A Coffee’

 

 

Power of Doa

Konsep doa yang saudara Moshed amalkan dalam mengejar “kejayaan hidup”. Ramai orang berdoa, tetapi cuba renung balik doa-doa tersebut. Ada yang selepas solat, doa terlalu rambang.

Contoh,
“Ya ALLAH, murahkanlah rezeki aku”
“Ya ALLAH, kayakanlah aku”
“Ya ALLAH, bagi lah aku hidup senang”
“Ya ALLAH, bagi aku duit banyak”
“Ya ALLAH, bagilah aku berjaya”

doa

Doa-doa macam ni memang bagus dan betul. Tetapi kita sepatutnya menggunakan channel doa ni dengan lebih tepat dan berkesan. Saya dulu pun macam tu. Lepas solat, kadang-kadang busy sangat dengan urusan dunia. Nak kaya. Nak berjaya. So doa saja. Asalkan doa. Tak tahu, sebenarnya ada effect yang sangat penting dalam kejayaan dengan kita “berdoa”. Siap baca doa pun berlagu, apa pun tak faham.

Dalam hidup ni, kita mungkin ada plan, cita-cita. Impian. Gunakan doa sebagai positive vibe yang dapat berikan kita lebih fokus untuk capai matlamat hidup.

Contoh doa sebelum ini.
“Ya ALLAH, murahkanlah rezeki aku” – nak murah rezeki banyak mana?
“Ya ALLAH, kayakanlah aku” – nak kaya sampai tahap mana?
“Ya ALLAH, bagi lah aku hidup senang” – nak senang tahap mana?
“Ya ALLAH, bagi aku duit banyak” – nak berapa banyak? 100K, 1 juta, 8 juta?
“Ya ALLAH, bagilah aku berjaya” – apa takrifan berjaya?

Bukan nak cakap yang ALLAH tak tahu apa dimaksudkan, sebab ALLAH MAHA MENGETAHUI. Tetapi sangat rugi kalau kita tak guna kuasa doa. Kalau kita doa lebih spesifik, maksudnya kita pun bersungguh-sungguh doa. Berdoa. Meminta dari Sang Pencipta. Kita berdoa tanda kita ni hamba, perlukan pertolonganNya. Lebih sepesifik maksudnya lebih bersungguh-sungguh.

Katakan orang tu dalam bisnes, dia target sales 1 juta. Ada plan, timeframe nak capai target. Jadi doalah “ YA ALLAH, permudahkanlah jalan aku untuk capai sales 1 juta sebelum January 2016.”

Katakan takrifan kita “berjaya” adalah dengan berjaya beli 1 rumah banglo. Jadi doalah “ YA ALLAH, permudahkanlah bisnes aku mencapai sales 10 juta, untuk aku dapat beli lot banglo kat tengah2 Kuala Lumpur yang aku dah target tu”

Duit banyak? target ada cash 100k dalam bank. “ Ya ALLAH, bagilah produk aku laku keras dan aku dapat jual 50,000 Unit untuk bagi aku untung 100k cash nanti.”

Lebih target. Lebih spesifik. 1 hari 5 kali sehari kita sebut bersungguh-sungguh. Kita sebut doa-doa positif ini. Jadi ia akan jadi sebuah fokus meresap ke jiwa, yang mana kita akan drive diri, tenaga, usaha untuk capai apa yang kita hajati dengan izin ALLAH.

Sebab tu orang-orang tua pernah kata, jangan sebut benda-benda negatif selalu, nanti jadi “doa”.

Jangan salah sangka, yang saya sebutkan ini target di pasal kejayaan bisnes. Ada orang target lain. Konsep sama. Dalam bab keimanan dan akhirat, boleh fikir sendiri dah kan.

Orang kata “Law of Attraction”. Saya kata “Power of Doa” dan rezeki dari ALLAH.

Revamp dari Moshed

Lelaki Tua itu…

Saya jumpa lelaki tua ini…

Selalu lepas Asar dia iktikaf di masjid.
Baca al Quran. Umur 70an. Duduk rumah dekat masjid.
Rumah agam besar dan menarik.
Hartanya disana sini, bangunan komesil tengah bandar. Milikan RM35juta. Pendapatan pasif kutip sewa RM70,000 sebulan. Belanja RM20,000. RM50,000 sedekah dan infaq.
Dia tenang bersendirian melayani anak cucu.


Saya mahu ambil gambar. Dia menolak. katanya malu.

lelakiitu
Saya minta formula. Dia berikan 15. Saya catat dan mahu kongsikan. Bolehkah saya kongsikan?

#1 – Pertama, dia kata muliakan ibu bapa. Doa ibubapa adalah segala galanya. Ia tiada hijab terus termakbul. Raikan ibubapa. jaga mereka sepanjang usia. Doakan mereka apabila telah tiada.

#2 – Jaga masa. Ia datang dan berakhir. Urus masa antara 5 waktu solat. Atur kerja dengan sebaik cara. Pada setiap waktu ada perkara yang kita mulakan. Ada di masjid sebelum azan. masuk waktu terus solat. Selepas solat bertebaran berusaha cari rezeki.

#3 – Berdoa dengan khusyuk. Serah pada Allah. Tawakal. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.

#4 – Namun begitu kena usaha. Usaha pagi petang siang malam. Usaha sungguh sungguh. Usaha bermula dengan pasang niat. Lepas itu buat buat buat. Sampai dapat. Tidak dapat, usaha lain pula. Masa buat baca al Quran. Maka dia pun nasihatkan saya,

“Orang yang membaca surah Al-Ikhlas satu kali sama ganjarannya dengan memperoleh ganjaran membaca sepertiga Al-Quran. Jadi jika membaca surat Al-Ikhlas tiga kali mendapat ganjaran seperti membaca satu Al-Quran.

Rasulullah SAW pernah bertanya “Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur’an dalam jangka masa dua-tiga minit?” Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah UmarAl Khattab r.a telah mengatakan adalah mustahil untuk mengatam Qur’an dalam begitu cepat.

Ali Abi Talib r.a pun membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.

Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 juzuk kitab Al-Quran. Apabila membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali khatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 juzuk Al-Quran.

Sabda Rasullullah SAW: “Sesiapa membaca ‘Qul huwAllahu Ahad’ sebanyak 3 kali, dikurniakannya pahala seperti pahala orang yang membaca Al-Quran sekali khatam.”

Lelaki tua itu berkata, mulut dia tidak berhenti baca surah al Ikhlas. Kadang kadang sampai 1000 kali sehari. Dan tiap lepas asar masa dia iktikaf dan baca Al Quran.

#5 – Jaga Kesihatan. Jaga kesihatan. jaga kesihatan. Banyak berjalan kaki. Banyak. minum air masak atau air mineral. Jaga makanan.Kata lelaki tua ini lagi:

#6 – Hidup kena buat target. Ada wawasan. Ikat perut. Usah membazir. Mula dengan makanan. Makanan dan minuman mesti habiskan. Usah lagak orang kaya, padahal kita teman pada syaitan. Sentiasa belanja orang. Makan dikedai kecil. Perhatikan kebersihan kedai. Apabila bersih masuk. Disitu kita temui ramai orang susah. Belanja mereka..

#7 – Waktu maghrib usah ada atas jalan. Apabila dalam perjalanan berhenti. Cari masjid. Apabila dirumah, tutup pintu rapat rapat. Malam buang sampah sarap. Basuh pinggan mangkuk. Pastikan semua teratur sebelum tidur. Gunakan waktu antara maghrib dan isyak untuk tuntut ilmu agama. Boleh dengar orang mengajar. Boleh juga baca kitab. Lepas Isyak buat kira kira untung rugi. Siapkan bahan dan pakaian untuk kerja esok hari.

#8 – Usah takut jumpa orang. Walaupun 5 minit mahu berjumpa. Pergi sendiri. Usah pakai posmen apabila depani soal penting. Kita rangkak panjat bangunan. Tunggu. Biarlah kita ambil masa berhari hari perjalanan. yang penting sampaikan dengan tangan sendiri.Tenung mata dan baca “ayat ayat pengasih”. Hehehe. (Nota tambahan: Surah Yusuf: Ayat 4)

#9Balik malam, usah cakap penat. Usah cakap letih. Usah cakap sakit. Apabila sakit senyum. Allah sedang luruhkan dosa. Lepas sakit kita lagi bertenaga. Siapakah dalam dunia yang tidak pernah rasa sakit. Jatuh. dihina. Semua termasuk Rasulullah SAW. Namun, baginda ajar kita maafkan semua orang.

#10 – Niat mahu kaya. Niat mahu bantu ramai orang. Niat mahu jadi manusia berguna.Niat itu macam tulis surat. Dulu tiada internet, Macam tulis surat la. Salah tulis alamat akan sampai salah tempatlah surat itu. Maka tulis alamat betul betul. Niat mahu kaya, supaya kita dapat bantu ramai lagi orang. Mahu membahagiakan ramai orang.

#11 – Mula berniaga, usah buat pinjaman. Cukup dengan apa yang ada ditangan. Itu masa kita belajar. Berniaga ini seni. Kita sahaja tahu maksud lakaran. Terbakar tangan biasa. Namun, dengan duit sedikit kita tak rasa sangat panasnya. Usah samakan orang dengan kita. Mereka lain tak serupa.
(Kedai mula mula di mulut sahaja.) Senyum mesra, mulut manis. Usah sombong.sentiasa tegur dan sapa manusia. Kita berniaga dengan manusia.Berniaga dengan siapa sahaja. Andai kata kita kaki surau. Berniaga dengan orang surau tidak jadikan kita kaya. Berniaga dengan semua orang walaupun dia haprak keparat. Yang penting tunai. Ada duit kita cerita. Ada barang kita jual.

#12 – Modal kita adalah daya penarik yang pada diri kita. Daya penarik adalah ciri yang ada dalam diri yang buat orang lain rasa senang dengan kita. Cari ilmu tentang produk. Apabila orang tanya jawab dengan lancar dan petah. Jelas. sebut satu demi satu. Usah ragu ragu dan termanggu. Kongsi bukan jual. Ingat sentiasa kongsi dengan semangat membara. Orang jatuh cinta dengan semangat kita.

#13 – Apa lagi..ahaaa..masa mula niaga biar mendalam dulu. Usah cepat mahu melebar.Fahamkah apa pakcik cakap. Maksudnya biar berjaya satu demi satu. Apabila mula guna modal sendiri, kemudian buat sungguh sungguh sampai berjaya. Lepas dah nampak hasil, mula lebarkan. Masa itu boleh la mahu buat pinjaman. Kita sudah ada ilmu bisnes.
***

(Cukuplah tu. Masa ni Lelaki Tua Berkain Pelikat sudah mahu berhenti. Saya senyum peluk dia dan kata, “baharu ada 13 anak sungai di syurga. Tambah sampai 20″. Saya buat contengan kata dia dalam kepala..

#14 – Kita kena buat promosi apa jua yang kita bisnes. Produk tak boleh bercakap.Sejak bila pula lah produk boleh bercakap. Orang kena tahu apa yang kita buat. Caranya buka bank emosi dengan setiap pelanggan kita. Pelanggan yang puas hati datang lagi. Datang lagi. Sekarang pun Pak Cik masih buat bisnes sikit sikit. Perumahan. Pak Ciik buat lima rumah sekali siap. Siap baharu jual. Pak Cik buat cantik. Jual mahal. Orang beratur mahu beli. Jual barang siap. Usah jual barang dalam laut yang tidak tahu tersangkut pada pukat atau tidak. Tidak berkat begitu.

#15 – Apabila bisnes sudah maju, usah berlagak. Dahulu Pak Cik suka gunting rambut kedai Nawi. Dia tanya “Bagaimana Pak Cik mahu gunting rambut? Pak Cik jawab , “Dengan senyap senyap tapi cantik”. Anak fahamkah apa Pak Cik cakap ni? Jawab saya, “Faham Pak Cik, saya juga gunting rambut disitu sejak umur 15 tahun”. Hehehe. Maksudnya usah gosip sana gosip sini, balun orang sana balun orang sini. Usah peduli rambut atas kepala orang lain. Apa yang utama rambut kita tersisir rapi.Bijak anak ni. Apa nama? Yesss. Dia sudah tanya nama saya. Maknanya saya sudah dapat Mentor Lelaki Tua Berkain Pelikat.

#16 – Anak..ingat kita hidup sungguh sebentar, macam main bola sahaja. 90 minit tamatlah permainan. Itulah lebih kurang bandingan hidup didunia ini. Kita kejar bola. Cuba jaringkan gol. Apabila sampai tiupan wisel, tahulah keputusan. Apabila malaikat maut datang jemput kita, habislah kita. Ada dunia kekal abadi di sana. Usahlah kita berlagak sombong masa berjalan atas bumi Tuhan ini.

Paku yang nampak tidak rapat ke papan, akan diketuk oleh Tuan Rumah. Itulah perumpamaan hidupan. Rapat ke bumi. Sujud pada Tuhan.
Bacalah surah ar Rahman ayat 46, “Dan orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua syurga”

#17 – Pak Cik bersyukur sampai ke tahap ini. Pak cik bersyukur. Syukur itu tandanya apabila Pak Cik rasa tak layak terima, namun Allah berikan juga. Pak Cik habiskan masa dalam waktu kecemasan ini dengan memandang yang memberi nikmat bukan pada nikmatnya. Anakku bersyukurlah. Masih punya masa mengatur tapak menjejaki orang hebat dalam agama.
Dunia ini tidak lebih dari sayap nyamuk sahaja. Usah letak dunia di hati. Tetapi berusahalah supaya dunia dalam genggaman tangan kita. Pak Cik pakai kereta besar, bukan untuk apa namun Pak Cik mahu menikmati apa rasa sayap nyamuk itu. Kalau sayap nyamuk itu sudah rasa nikmatnya, bayangkan nikmat di syurga.

#18 – Anak… Apabila mahu makan nasi, dapatkan beras. Cakap cakap dan sembang sembang tidak hasilkan beras. Rajin usaha. sampai waktu solat. Solat itu tiang agama. Usah terjerat dengan penyakit umat akhir zaman. Mereka cintakan dunia. Takutkan mati. Hakikatnya mati itu pasti. Namun, jangan kerana takutkan mati duduk atas masjid semata mata dan harapkan hidangan turun dari langit.

Tidak boleh begitu. Cuba beri masa untuk semua perkara. Umur macam Pak Cik sekarang, hari hari biasa, 6 jam tidur. 6 jam bekerja. 6 jam duduk atas masjid. 6 jam bersama anak cucu cicit. Anak, ada Pak Cik ingat, Nabi SAW sebut, “Peliharalah lidahmu, luaskan rumahmu dan tangislah dosamu”. Cuba anak check siapa perawinya. (nota: Hadis riwayat at Tirmizi)

#19 – Anakku kita bukan orang sufi. Mereka lain. Kita orang biasa,
“Apabila kemiskinan datang bertandang mengetuk di pintu, kasih sayang segera terbang keluar ikut jendela. Saat itu sahabat dekat mula menjauh, kesusahan bagaikan banjir besar menghanyutkan segalanya pergi dan ianya hanya kembali apabila kita kaya semula”

Rajinlah berusaha. Wang bukan segala galanya. Namun banyak perkara dalam dunia sekarang perlukan wang anakku. Wang bukan raja. Wang adalah hamba perkasa yang memudahkan banyak perkara. ramai orang sedikit sedikit sebut Tuhan, pada hal hati mereka bersimpang simpang.

#20 – Cuba sedaya upaya supaya ada wuduk pada tubuh kita. Ianya adalah cara terbaik cucikan diri. Cuba mandi setiap kali sebelum masuk waktu. Tidak dapat kerana banyak masa di pejabat, mandi 3 kali sehari. Sebelum subuh, sebelum maghrib dan sebelum isya’. InsyaAllah kita rasa bersih dan tenang dari segi luaran. Sewaktu berdiri mahu solat, rasakan ketakutan luar biasa. Kita sedang menghadap Allah Raja dan Tuan kepada segala Raja..

Salam Maulidurasul 2015

Malam tadi, ketika minum kopi,  saya merasa sedikit pahit…. Namun tetap juga la saya minum..

Dan pada ketika air kopi tinggal suku, baru la saya perasan, saya lupa kacau kopi dan susunya.. ..

Apabila saya kacau, kopi yang tinggal suku itu, terasa sangat manis pula.. .. Terlalu manis sehingga tidak mampu saya telan..

Agaknya itu la resam hidup.. Ada kalanya kita lupa, yang ‘manis’ itu ada di dasar.. Perlu dicari.. Dan kiranya kita malas mencari, maka hanya pahit la yang dapat kita nikmati..

Ada waktunya juga, pada ketika teringat berkenaan ‘manis’ itu, segalanya sudah terlewat..

Mujur la, Allah sudah membantu ‘membancuh’ hidup kita antara yang pahit dan manis.. Kerana hidup pasti kurang maknanya kiranya hanya berkenaan yang pahit-pahit saja.. Atau yang manis-manis saja..

Makanya, hirup la hidup dengan senyuman, .. dan tak perlu hiraukan sangat apa orang nak kata dan umpat belakang kita…. Sebab memang kita sbg manusia tidak dpt lari dari ketidaksempurnaan  !! ..

Ucap la syukur Alhamdulillah untuk satu lagi peluang kita menghirup udara di bumi Allah swt

 

maulid

Salam Sejahtera…
Salam Ukhawah…
Salam perjuangan..
Salam kasih sayang..
Salam persahabatan…
Salam segalanya.
…………….

Selamat Menyambut Maulidurasul 1437H.

Syurga yang tertinggi

Kita selalu berdoa untuk mendapat syurga sebagai contoh.. Ya Allah, masukkanlah aku kedalam syurga.

Itu doa common yang kita selalu ungkapkan.

Apa kata mulai hari ni, kita berdoa begini : Ya Allah, masukkanlah aku kedalam Syurga Firdaus tanpa hisab.

Amin (40x).

firdaus

Petua billionaire Hong Kong Li Ka-Shing untuk anak muda

Katakan anda berpendapatan sebanyak RM2000 sebulan sekarang.

Tak kira samada anda dah berniaga atau anda masih makan gaji.

kayahartakayahati

Pastikan anda bahagikan pendapatan itu kepada 5 bahagian.

1. Belanja untuk sara hidup anda. Pastikan anda bersederhana dalam belanja sara hidup. Jumlah sebanyak maksima RM600 mungkin dah cukup jika anda pandai berjimat. Bajet sekitar RM20 sehari untuk perbelanjaan hidup walau apapun yang berlaku.

-Makan pagi secara sederhana dengan makan bihun atau nasi goreng, telur sebiji dan air segelas. Itu dah cukup mengenyangkan.

-Makan tengahari juga dengan cara yang sederhana dan sedikit buah.

-Makan malam pastikan anda masak sendiri dengan cara yang mudah dan sederhana. Makan sayur dan buah dan minum segelas susu sebelum tidur.

2. Belanja untuk bina rangkaian kawan. Untuk itu anda perlukan sebuah telefon bimbit. Bajet sekitar RM100 saja sebulan untuk bil telefon anda. Peruntukkan sebanyak RM300 lagi untuk belanja kawan makan. Anda boleh bajet dalam 3 orang sebulan dengan kos RM100 seorang. Jadi jumlahnya adalah dalam lingkungan RM400 untuk aktiviti bina rangkaian kawan ini. Pastikan kawan yang anda belanja itu adalah mereka yang:

-Lebih berilmu daripada anda. Jangan belanja orang yang entah apa-apa yang berfikiran negatif dan tidak punya ilmu yang lebih baik dari anda sendiri.

-Lebih kaya daripada anda. Belanja mereka walaupun mereka lebih kaya kerana apa yang mereka tahu perlu menjadi rahsia yang perlu dikorek.

-Orang yang membantu anda dalam kerjaya atau perniagaan. Tak ada usahawan yang boleh naik tanpa bantuan dari mereka yang prihatin dan besar jiwanya membantu orang lain. Jadi hargai mereka dan jangan kemut untuk belanja mereka. Ia bakal menjadi magnet untuk lebih ramai lagi orang lain datang memberikan bantuan selepas ini.

3. Belanja untuk aktiviti menuntut ilmu. Jangan ambil mudah dengan aktiviti menuntut ilmu untuk berjaya. Tak ada orang yang boleh pergi jauh jika malas mencari ilmu. Untuk itu anda perlu pastikan sejumlah RM300 diperuntukkan untuk:

-Beli buku pengetahuan. Jangan pula beli buku mengarut seperti surat khabar, novel, majalah mangga dan sebagainya. Belilah buku yang anda boleh kutip ilmu dan aplikasikannya dalam kehidupan. Baca betul-betul dan jangan sia-siakan wang yang dibelanjakan untuk beli buku tersebut. Mungkin anda perlu siapkan dalam RM100 sebulan untuk beli buku.

-Ikuti seminar atau kursus keilmuan yang anda rasa penting dan dapat membantu meningkatkan kemahiran dan pengetahuan diri anda. Belanjakan dalam lingkungan RM200 sebulan untuk kursus atau seminar yang baik untuk anda. Anda akan dapat ilmu dan penting lagi anda akan berkenalan dengan mereka yang turut sama mahu berjaya dalam hidup seperti anda.

4. Belanja untuk melancong ke luar negara. Peruntukkan sebanyak RM200 sebulan untuk aktiviti berjalan ke negeri orang. Anda boleh tetapkan satu aktiviti berjalan ke luar negara sekali setahun. Jika anda sediakan RM200 sebulan, setahun anda akan ada sebanyak RM2,400. Jumlah itu memadai untuk anda melancong ke negara jiran yang kosnya murah. Berjimat dengan penuh kemut ketika melancong. Bukan kemewahan yang yang dicari, tapi apa yang boleh anda pelajari daripada pengembaraan itulah yang paling penting. Jauh perjalanan, luas pemandangan !.

5. Peruntukan untuk simpanan. Baki selanjutnya sebanyak RM500 hendaklah disimpan dalam akaun simpanan. Masukkan dalam tabung haji atau mana-mana akaun yang susah nak dikeluarkan. Ia adalah pelaburan untuk modal memulakan perniagaan anda.

-Mulakan perniagaan secara kecil-kecilan terlebih dahulu. Trading mungkin satu pilihan yang baik. Bila mula kecil, gagal bermakna anda hanya hilang wang yang sedikit. Jika berjaya, ia jadi suntikan semangat untuk anda berjaya lebih tinggi sedikit lagi.

-Cuba buat kerja tambahan untuk tambah pengalaman. Libatkan diri dengan aktiviti menjual kerana menjual adalah perkara penting untuk setiap usahawan yang mahu berjaya.

Li Ka-Shing nasihatkan pada semua anak muda untuk berjimat cermat sejak dari awal. Jangan habiskan duit dengan membeli pakaian dan kasut mewah. Simpan terlebih dulu wang anda. Bila dah kaya nanti, belilah apa saja yang anda mahu, tapi bukan ketika anda masih muda dan miskin.

Satu lagi masihat menarik dari Li Ka-Shing untuk usahawan muda adalah, jika anda miskin, banyakkan masa diluar. Keluar dan cari kawan dan buat apa saja aktiviti. Jika dah kaya nanti baru banyakkan duduk dalam rumah dan kurangkan keluar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...