Monthly Archives: November 2014

Maharaja Wang – Azizi Ali

Buku terbaru yang saya beli di Pesta Buku MABOPA semalam di KLCC.

maharajawangBuku terkini Azizi Ali ini membongkarkan rahsia membina kekayaan yang sebenar. Ia penuh dengan penyelesaian, jawapan dan pengetahuan berkaitan kewangan.

Ia merupakan sebuah panduan tentang bagaimana ingin menjadi kaya, hidup kaya, kekal kaya dan sudah tentu mati pun kaya.

Ia sesuai bagi mereka yang sibuk bekerja, usahawan atau orang kaya baru.

Buku ini akan menerangkan bagaimana untuk menjadikan duit bekerja keras untuk anda sambil anda menikmati kehidupan ini.

Pelajari:

  • Langkah-langkah yang dijamin selamat untuk menyimpan wang
  • Bagaimana untuk menjadi pakar dalam kewangan
  • Bagaimana menggunakan hutang untuk menjadi kaya dengan secepat mungkin
  • Bagaimana membuat duit melalui unit amanah
  • 8 petunjuk untuk mengenal pasti pengkomplot
  • 5 langkah untuk melindungi diri anda anda daripada keruntuhan sistem kewangan
  • Bagaimana untuk menjadi kaya dan bahagia
  • Bagaimana untuk hidup kaya sebenarnya
  • Bagaimana untuk mati kaya

 

 

Jadi kaya, Hidup Kaya, Mati Kaya   Bila lagi??

Harga: RM49.90

 

Buku Jutawan dari Rumah

jutawandarirumahSaya cukup suka membaca buku motivasi perniagaan terutama yang melibat bisnes kecil tapi berhasil besar.  Bisnes yang dalam kategori biasa-biasa tapi income dia gempaq.

Memang tidak dinafikan, ramai yang minat bisnes besar mahu jadi CEO, MD tapi risiko besar walaupun income juga besar.

Salah satu formula untuk menjadi kaya dalam buku tersebut adalah  belajar “Simpan wang setiap hari untuk dilupakan”.   Ikut pepatah lama Sikit sikit lama-lama jadi Bukit.

Dalam buku ini juga memaparkan 7 ketagihan yang perlu jika anda ingin menjadi Jutawan di Rumah.

Nak tahu.  pergi la beli dan Baca Sendiri..

Ke Guano?

 

Jawapan dari Allah

Assalamua’laikum.

Cuba isi jawapan di bawah. Jawablah dengan ikhlas.

1. Allah menciptakan TERTAWA dan …….?
2. Allah itu MEMATIKAN dan ……?
3. Allah menciptakan LELAKI dan …….?
4. Allah memberikan KEKAYAAN dan ……?

Majoriti kita akan menjawab:
1. MENANGIS.
2. MENGHIDUPKAN.
3. PEREMPUAN
4. KEMISKINAN.

Yakinkah jawapan anda itu betul?  Untuk mengetahui adakah jawapan di atas itu benar atau tidak, mari kita sesuaikan jawapan tersebut dengan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam Surah An-Najm (Surah 53) melalui ayat-ayat berikut:

“dan Dia-lah yang menjadikan orang TERTAWA dan MENANGIS.” (Ayat 43).

“dan Dia-lah yang MEMATIKAN dan MENGHIDUPKAN.” (Ayat 44).

“dan Dia-lah yang menciptakan berpasang-pasangan LELAKI dan PEREMPUAN. ” (Ayat 45).

“dan Dia-lah yang memberikan KEKAYAAN dan KECUKUPAN.” (Ayat 48).

Ternyata jawapan kita umumnya BETUL hanya pada soalan no. 1-3.

Tapi, jawapan kita untuk no. 4 (kalau jujur) umumnya mesti KEMISKINAN (jawapan yang salah)
Jawapan Allah dalam Al-Qur’an bukan KEMISKINAN, tapi KECUKUPAN…

Maasyaa Allah..!!!

Sesungguhnya Allah Subhaanahu wa Ta’ala hanya memberi KEKAYAAN dan KECUKUPAN kepada hamba-Nya.

Yakinlah! Dan yang “menciptakan” KEMISKINAN adalah diri kita sendiri. Hal ini boleh berlaku kerana ketidakadilan ekonomi, malas, boleh juga kerana kemiskinan itu kita bentuk di dalam fikiran kita sendiri. Itulah hakikatnya, mengapa orang-orang yang sentiasa bersyukur, walaupun hidup susah, ia akan tetap tersenyum dan merasa CUKUP…

Jadi, marilah kita melahirkan rasa KECUKUPAN di dalam hati dan fikiran kita, agar kita menjadi hamba Allah yang selalu BERSYUKUR.. baik dalam kegembiraan ataupun dalam kesedihan dan kesusahan. Kerana kesusahan dan kesedihan itu pun adalah rezeki dr Allah SWT.

Renung-renungkan.
Wallahua’lam.

Siapakah orang yang paling luarbiasa imannya

imanPada suatu ketika, Rasulullah bertanya kepada para sahabat, “siapakah yg paling luar biasa imannya?”
Para sahabat menjawab, “malaikat,ya Rasulullah.”
Balas Rasulullah, “sudah tentulah malaikat luar biasa imannya, kerana mereka sentiasa di sisi Allah.”
Seketika terdiam para sahabat, menjawab lagi, “para nabi,ya Rasulullah.”


Rasulullah berkata, “para nabi sudah tentu hebat imannya, kerana mereka menerima wahyu daripada Allah.”
Para sahabat mencuba lagi, “kalau begitu kamilah yang paling beriman.”


Jawab Rasulullah, “aku berada di tengah tengah kalian, sudah tentulah kalian orang yang paling beriman.”
Lalu, salah seorang sahabat berkata, “kalau begitu, Allah dan Rasul Nya sajalah yang mengetahui.”


Maka dengan nada perlahan, Rasulullah berkata, “Mereka adalah umat yang hidup selepas aku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan isinya. Orang yang beriman denganku dan pernah bertemu denganku, adalah orang yang bahagia. Namun orang yang tujuh kali lebih bahagia adalah mereka yang tidak pernah bertemu aku tetapi beriman denganku.”


Rasulullah diam seketika. Kemudian, beliau menyambung dengan suara yang lirih, “sesungguhnya, aku rindukan mereka…
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ


Hantar ke semua group contact . Anda akan membuat beribu , malah berjuta-juta org berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...