Monthly Archives: October 2014

surat cinta tentang solat

……..Surat Cinta tentang Solat”………

 

solat

Bila engkau anggap solat itu hanya penggugur kewajipan, maka kau akan terburu-buru  mengerjakannya.

Bila kau anggap solat hanya sebuah kewajipan, maka kau tak akan menikmati hadirnya Allah saat kau mengerjakannya..

Anggaplah solat itu pertemuan yang kau nanti dengan Tuhanmu.

Anggaplah solat itu sebagai cara terbaik kau bercerita dengan Allah swt.

Anggaplah solat itu sebagai cara terbaik untuk kau berkeluh kesah dengan Allah swt.

Anggaplah solat itu sebagai seriusnya kamu dalam bermimpi.

Bayangkan ketika “azan berkumandang”, tangan Allah melambai ke depanmu untuk mengajak kau lebih dekat denganNya.

Bayangkan ketika kau” takbir”, Allah melihatmu, Allah senyum untukmu dan Allah bangga terhadapmu.

Bayangkanlah ketika “rukuk”, Allah menopang badanmu hingga kau tak terjatuh, hingga kau rasakan damai dalam sentuhanNya.

Bayangkan ketika “sujud”, Allah mengelus kepalamu. Lalu Dia berbisik lembut dikedua telingamu: “Aku Mencintaimu hambaKu”.

Bayangkan ketika kau “duduk diantara dua sujud”, Allah berdiri gagah didepanmu, lalu mengatakan : “Aku tak akan diam bila ada yang mengusikmu”.

Bayangkan ketika kau mmberi “salam”, Allah menjawabnya, lalu kau seperti manusia berhati bersih setelah itu…Subhanallah sungguh nikmat solat yg kita lakukan.

Wassalam

Sekiranya baik utk kita jom kita share dgn teman n shbt yg kita kasihi smoga mereka juga mendpt manfaatnya. Aamiin

KISAH PEMANDU LI KA SHING – MANUSIA TERKAYA DI ASIA

KISAH PEMANDU LI KA SHING – MANUSIA TERKAYA DI ASIA

likahsingPemandu kepada Li Ka Shing – LKS (Jutawan No 1 di Asia) telah berkhidmat lebih 30 tahun dengan LKS dan telah capai umur bersara. LKS sebagai tanda penghargaan telah memberinya cek bernilai
2 juta tetapi pemandu tersebut menolaknya kerana dia mendakwa sudah miliki 20 juta ditangannya.

LKS berasa hairan kenapa bekas pemandunya ada simpanan sebegitu banyak walhal gaji dia cuma 6 ribu sahaja .

Pemandu LKS akhirnya mendedahkan bahawa ketika dia menjadi pemandu kereta beliau, LKS selalu membuat pesanan kepada pengurusnya melalui telefon, memberi arahan supaya membeli tanah atau saham yang mana satu. Pemandu tersebut memasang telinga dan secara tidak serius dan diam-diam membeli saham-saham yang LKS arahkan kepada pengurus beliau.

Lama kelamaan, selepas bermula secara kecil- kecilan bermain saham melalui curi-curi dengar arahan LKS kepada pengurusnya, pemandu tersebut berjaya mengumpul dana lebih 20 juta.

Moral of the story :

Dalam perjalanan hidup, amat penting untuk kita
memilih dengan siapa kita bersama. Bak kata
pepatah, cari tandas, ikut lalat, cari bebunga, ikut
lelebah, cari jutaan, ikutlah jutawan!!
Bersama orang yang rajin, anda tidak akan malas,
bersama orang bertekad anda tak akan murung,
bersama orang yang pintar, anda jadi luarbiasa,
bersama orang yang hebat, anda pasti berjaya!!!
InshaAllah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...