Monthly Archives: March 2013

ASBABUN NUZUL – Sejarah Turunnya Ayat-Ayat Al-Quran

Penulis: Imam Jalaluddin As- Sayuthi

Asbabun Nuzul adalah salah satu ilmu yang harus dipelajari bagi seseorang yang ingin menafsirkan Al-Qur’an.

asba

Pemahaman terhadapnya merupakan sebuah kemestian, agar tidak menjadi kesalahan dalam menafsirkan ayat-ayat Allah. Pemahaman terhadap ilmu ini juga akan mempekaya penafsir dalam mengkaji mukjizat-mukjizat Al-Qur’an.

Kitab ini bernama Lubabunnuquul fi Asbaabin Nuzuul. Ia ditulis oleh ulama terkemuka Imam Jalaluddin as-Suyuthi.

Ia merangkum dari berbagai kitab kumpulan hadith dan kitab-kitab rujukan utama, serta menyeleksinya dari tafsir-tafsir para ahli riwayat.

Bersyukurlah Kerana-Nya

bersyukurlah

Penulis: Syed Alwi Alatas
Harga: RM25

Terlalu banyak nikmat Tuhan yang kita kecapi setiap saat namun tidak disedari manusia. Segala nikmat ini tidak mampu kita membayarnya dengan segala harta yang dimiliki di dunia ini, Namun Allah dengan kasih sayang dan rahmat-Nya, terus memberi hamba-Nya dengan nikmat yang banyak, baik manusia itu taat atau ingkar kepada-Nya. Satu-satu cara untuk membayar nikmat itu adalah dengan beryukur kepada Allah. Sesungguhnya bahagia itu milik mereka yang bersyukur!

BERSYUKURLAH KERANA-NYA mengajak pembaca melihat nikmat dan syukur dalam dimensi dan perspektif baru. Santai, tetapi sarat dengan pengajaran.

Wirid & Doa Selepas Sembahyang

wirid-doa-selepas-sembahyangAMALAN yang wajib di dalam Islam tidak banyak, tetapi yang sunat itulah yang lebih banyak. Justeru itu untuk mencari pahala dan darjat di sisi Allah SWT,hendaklah kita banyak mengamalkan amalan-amalan sunat. Antara amalan sunat yang mudah untuk kita lakukan berwirid dan berdoa selepas sembahyang.

Di saat hati yang hening selepas sembahyang, canaikan lagi hati kita dengan ayat-ayat yang berbentuk pujian kepada Allah SWT, meminta kemaafan dan keredhaan, serta meminta pertolongan dan perlindungan.

Moga-moga dengan ini, Allah SWT akan sentiasa bersama kita dalam menempuh segala onak dan duri di dalam kehidupan. Dan yang lebih penting, moga-moga ia menjadi saham kita di akhirat nanti

Penerbit: Jahabersa
Harga: RM3

Risalah Doa

DSC_0009Buku Risalah Doa ini adalah buku kumpulan doa doa yang dipetik dari beberapa kitab dan tersusun dari:

Ayat ayat Al Quranul Karim,
Doa doa yang diamalkan Rasulullah saw dan para sahabat,
Doa doa para Wali dengan susunan kata kata yang halus dan fasih, baik yang di dapat dari mimpi maupun yang diambil dari Asmaul Husna dan sebagainya

Siri Ilmu Tasawuf Syarah Hikam Tok Pulau Manis

Harga: RM65

syarah-hikam-tok-pulau-manisKitab inilah yang patut dipelajarinya.

Umpama emas sudah diujinya. Dan juga umpama makanan yang terhidang.

Dan yang lain itu tudung sajinya.Dan juga umpama buah-buahan.

Isinya dan minyak dalam bijinya. Kerana ialah menyampaikan kepada Tuhan.

Lagi besar pahala dan gajinya. Dan yang mendapat ilmunya dan mengamalkan.Orang itulah yang sebenar dipujinya.Syurga itulah kediaman yang kekal.

Ilmu ini pintunya dan bajinya.Dan yang jahil tentangnya api neraka.Selar sengat tikaman gergajinya. Ya Rabb, kurniakanlah futuh-Mu. Bagi setiap hamba yang mengajinya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...