Penulis: Zakaria Sungip
Harga: RM20

100 Kisah Kehidupan Secubit Halwa Penawar JiwaHimpunan 100 buah kisah kehidupan di dalam buku ini menemukan pembaca kepada kisah-kisah yang dekat dengan diri masing-masing. Kisah yang terkesan di hati. Kisah yang mencetuskan inspirasi, menjernihkan jiwa, seterusnya memberi motivasi.

Pelbagai kisah yang diceritakan oleh ramai pencerita ini merupakan koleksi ‘halwa jiwa’ yang memberi kesan penawar kepada keluh-kesah, kekeliruan dan tekanan hidup seharian. Kisah-kisah itu mengajar tentang kesyukuran, kesabaran, ketabahan, pengorbanan, kasih sayang dan sifat-sifat lain yang diredhai.

Pada setiap kisah itu ada hikmah yang Allah datangkan sebagai bahan pembelajaran di universiti kehidupan.